
Lasagna daging ini memang ‘rare’ dan lain dari lain jika ingin dihidangkan pada tetamu. Boleh buat sendiri sahaja dengan bahan ringkas dan mengikut selera sendiri.
Menariknya, resipi ini bukan saja boleh guna kepingan lasagna, tapi kalau tak ada, roti biasa pun boleh jadi pengganti. Hasilnya tetap sedap, berlapis-lapis dengan inti daging yang berempah dan sos putih berkrim.
Baca juga: Jom Buat Sendiri Sos Bolognese Di Rumah, Jauh Lagi Sedap Dari Yang ‘Segera’!
RESIPI LASAGNA DAGING

Bahan inti daging:
- 400g daging kisar
- 1 tin sos spageti
- Sedikit sos cili (ikut tahap pedas yang suka)
- 1 biji bawang holland (dicincang)
- 5 ulas bawang putih (dicincang)
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Garam secukupnya
Bahan sos putih:
- 5 sudu besar mentega
- 3 sudu besar tepung gandum
- 500ml susu segar
- 2 keping keju
Bahan lapisan:
- Kepingan lasagna ATAU roti sandwich
- Susu segar (untuk celup roti jika guna roti)
- Keju mozzarella secukupnya (untuk taburan atas)
Cara-cara penyediaan:
- Untuk membuat inti daging, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang holland dan bawang putih hingga naik bau.
- Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang holland dan bawang putih hingga naik bau.
- Kemudian, masukkan sos spageti dan sedikit sos cili. Kacau hingga sebati.
- Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam mengikut selera. Bila sudah masak, ketepikan.
- Untuk membuat sos putih pula, cairkan mentega menggunakan api perlahan.
- Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati (pastikan tidak berketul).
- Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit sambil dikacau.
- Masukkan kepingan keju dan kacau sehingga cair dan sos menjadi likat. Tutup api. (Nota: Sos akan jadi lebih pekat bila sejuk)
- Jika guna kepingan lasagna, celup seketika dalam air panas supaya lembut.Jika guna roti, gelek roti hingga nipis dan celup sedikit dalam susu segar.
- Dalam loyang, susun lapisan seperti berikut:
Lasagna/roti → inti daging → sos putih - Ulang lapisan sehingga habis bahan.
- Untuk lapisan paling atas, letakkan sos putih dan taburkan keju mozzarella dengan banyak.
- Bakar dalam oven pada suhu 150°C selama 30–40 minit atau sehingga bahagian atas nampak keperangan dan cheese mencair dengan cantik.
Sumber: Nur Hazlina Othman
Baca juga: Resipi Spageti Tomyam Udang Creamy, Gabungan Rasa Pedas & Masam Yang Mesti Cuba!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














