Categories: Resipi

Resipi Kek Yogurt Blueberry, Tekstur Lembut Macam Cheesecake & Tak Perlu Bakar Guna Oven

Kalau teringin makan manis tetapi nak sesuatu yang lebih ringan, kek yogurt blueberry ini boleh masuk dalam senarai untuk dicuba. Teksturnya lembut, creamy dan sedikit masam dari greek yogurt, manakala beri biru pula memberikan rasa manis serta segar pada setiap suapan.

Menariknya, resipi ini menggunakan bahan yang cukup ringkas iaitu yogurt, telur dan tepung jagung. Madu serta esen vanila pula boleh ditambah mengikut cita rasa. Resipi kek yogurt seumpama ini memang sesuai untuk yang mahukan pencuci mulut mudah tanpa perlu menggunakan banyak bahan.

Lebih senang, kek ini tidak perlu dibakar menggunakan oven kerana boleh dimasak menggunakan air fryer. Selepas masak, sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya dua jam supaya teksturnya lebih set dan sedap dinikmati sejuk-sejuk.

Baca juga: Cara Buat Kek Brownies Paling ‘Malas’, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Gebu & Moist!

RESIPI KEK YOGURT BLUEBERRY

Bahan-bahan:

  • ½ cawan greek yogurt
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar madu atau ikut tahap kemanisan yang disukai
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Beri biru (blueberry) secukupnya

Nota: Resipi ini sesuai untuk bekas berkapasiti kira-kira 400ml. Jika menggunakan Greek yogurt tanpa gula, jumlah madu boleh dilaraskan mengikut selera.

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan greek yogurt, telur, tepung jagung, madu dan esen vanila ke dalam satu bekas.
  2. Kacau semua bahan sehingga sebati dan adunan menjadi licin tanpa ketulan tepung jagung.
  3. Tuangkan adunan ke dalam bekas tahan panas yang sesuai dimasukkan ke dalam air fryer.
  4. Susun blueberry di atas permukaan adunan. Boleh letakkan sedikit lebih banyak blueberry jika suka rasa buah yang lebih ketara.
  5. Masukkan bekas ke dalam air fryer dan masak pada suhu 150°C selama 25 hingga 30 minit atau sehingga bahagian atasnya kelihatan sudah set.
  6. Setelah masak, keluarkan dan biarkan sejuk terlebih dahulu.
  7. Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidangkan. Kek ini lebih sedap dinikmati dalam keadaan sejuk.

Sumber: Thread @int4njml

Baca juga: Kek Oren Blender Tanpa Perlu Perah Jus, Kisar Sebiji Oren Terus Jadi Gebu Dan Harum

Wan N

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

2 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

2 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

2 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

2 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

2 days ago