resepi kek brownies

Resepi kek brownies ini memang sesuai untuk anda yang teringin makan pencuci mulut coklat tetapi tak mahu bersusah-payah di dapur. Dengan hanya 3 bahan ringkas dan menggunakan air fryer, anda dah boleh hasilkan brownies yang lembut, lembap dan penuh rasa coklat.

Kalau di rumah ada telur, serbuk perisa coklat dan sedikit susu pekat manis, memang dah cukup untuk mencuba resipi ini. Tak perlu mixer, tak perlu oven, malah proses penyediaannya pun sangat ringkas. Sesuai dibuat ketika craving manisan atau sebagai hidangan minum petang bersama keluarga.

Lebih menarik, aroma brownies yang sedang dibakar memang cukup menggoda. Teksturnya lembut di dalam dengan taburan cip coklat yang cair apabila dimakan. Sekali cuba memang susah nak berhenti!

Baca juga: Resipi Kek Marble Gebu & Lembut, Corak Cantik Berbelang Macam Beli Di Kedai Kek

RESEPI KEK BROWNIES 3 BAHAN

resepi kek brownies

Bahan-bahan:

  • 1 cawan serbuk perisa coklat
  • 2 biji telur
  • ½ sudu besar susu pekat manis
  • Sedikit cip coklat

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan serbuk perisa coklat, telur dan susu pekat manis ke dalam mangkuk.
  2. Kacau sehingga semua bahan sebati dan adunan menjadi licin tanpa berketul.
  3. Tuang adunan ke dalam bekas yang sesuai untuk air fryer.
  4. Taburkan sedikit cip coklat di atas adunan.
  5. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga brownies masak sepenuhnya.
  6. Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong dan dihidangkan.

Sumber: Elitayusof

Baca juga: Resipi Kek ‘Marjerin Pelangi’ Yang Ramai Suka, Rasanya Ringan Sampai Susah Nak Berhenti Makan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN