
Kalau teringin makan manis tetapi nak sesuatu yang lebih ringan, kek yogurt blueberry ini boleh masuk dalam senarai untuk dicuba. Teksturnya lembut, creamy dan sedikit masam dari greek yogurt, manakala beri biru pula memberikan rasa manis serta segar pada setiap suapan.
Menariknya, resipi ini menggunakan bahan yang cukup ringkas iaitu yogurt, telur dan tepung jagung. Madu serta esen vanila pula boleh ditambah mengikut cita rasa. Resipi kek yogurt seumpama ini memang sesuai untuk yang mahukan pencuci mulut mudah tanpa perlu menggunakan banyak bahan.
Lebih senang, kek ini tidak perlu dibakar menggunakan oven kerana boleh dimasak menggunakan air fryer. Selepas masak, sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya dua jam supaya teksturnya lebih set dan sedap dinikmati sejuk-sejuk.
Baca juga: Cara Buat Kek Brownies Paling ‘Malas’, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Gebu & Moist!
RESIPI KEK YOGURT BLUEBERRY

Bahan-bahan:
- ½ cawan greek yogurt
- 1 biji telur
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar madu atau ikut tahap kemanisan yang disukai
- 1 sudu kecil esen vanila
- Beri biru (blueberry) secukupnya
Nota: Resipi ini sesuai untuk bekas berkapasiti kira-kira 400ml. Jika menggunakan Greek yogurt tanpa gula, jumlah madu boleh dilaraskan mengikut selera.
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan greek yogurt, telur, tepung jagung, madu dan esen vanila ke dalam satu bekas.
- Kacau semua bahan sehingga sebati dan adunan menjadi licin tanpa ketulan tepung jagung.
- Tuangkan adunan ke dalam bekas tahan panas yang sesuai dimasukkan ke dalam air fryer.
- Susun blueberry di atas permukaan adunan. Boleh letakkan sedikit lebih banyak blueberry jika suka rasa buah yang lebih ketara.
- Masukkan bekas ke dalam air fryer dan masak pada suhu 150°C selama 25 hingga 30 minit atau sehingga bahagian atasnya kelihatan sudah set.
- Setelah masak, keluarkan dan biarkan sejuk terlebih dahulu.
- Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidangkan. Kek ini lebih sedap dinikmati dalam keadaan sejuk.
Sumber: Thread @int4njml
Baca juga: Kek Oren Blender Tanpa Perlu Perah Jus, Kisar Sebiji Oren Terus Jadi Gebu Dan Harum
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














