resipi kaswi gula merahResipi kaswi gula merah ini sangat mudah dan pasti menjadi. Jika anda belum pernah mencuba, inilah masanya untuk mencuba dan hidangkan bersama parutan kelapa.

Bahan mudah dan cara membuat pun senang hanya menggunakan sukatan cawan sahaja. Jadi, tak perlu susah dan pening kepala dengan alat penyukat. 

Jangan risau, resipi lengkap oleh Cik Puan Marina Miskam ada di bawah ini. Jom baca!

Baca juga: Kek Batik Melting, Ikut TIP Ini Untuk Dapat Potongan Cantik

RESIPI KASWI GULA MERAH

Bahan A:

  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • 4 helai daun pandan

Bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 3 cawan air
  • 3 sudu besar air kapur

Bahan C:

  • Kelapa parut putih dan secubit garam (kukus sekejap untuk elakkan cepat basi)

Cara-cara:

1.  Sediakan pengukus dan panaskan terlebih dahulu.

2.  Satukan semua bahan A dalam periuk dan masak atas api sehingga larut. Apabila sudah larut dan mendidih, tutup api dan biarkan sejuk seketika.

3. Satukan semua bahan B dalam mangkuk besar dan kacau hingga rata.

4. Campurkan bahan A yang telah sejuk dengan bahan B. Kacau rata dan tapis untuk mendapatkan adunan yang halus.

5.  Sapukan minyak dalam acuan untuk mengelakkan kaswi melekat.

6. Tuangkan adunan kaswi ke dalam acuan yang telah disapu minyak.

resipi kaswi gula merah

7. Untuk acuan kecil, kukus selama 20 minit.

8. Untuk loyang besar, kukus selama 40-50 minit. Pastikan anda mengalas loyang dengan plastik dan menyapu minyak pada loyang.

9. Selepas masak, buka penutup pengukus dan biarkan kaswi dalam pengukus selama 5 minit untuk mengeringkan permukaan.

10. Biarkan kaswi sejuk sebelum dihidangkan.

resipi kaswi gula merah

Sumber: Marina Miskam

Baca juga: Cara Buat Cakoi Lembut, Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Untuk Hasil Gebu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN