kari ikan mamak

Kalau sebut kari ikan mamak, mesti ramai terus terbayang kuah pekat, rempah wangi dan rasa yang cukup “power” macam makan di kedai mamak. Sebenarnya, tak susah pun nak buat sendiri di rumah kalau kena cara dan teknik yang betul.

Resipi yang dikongsikan oleh Puan Natrah Amiruddin ini asalnya dikongsi dari ibu kepada kawan anaknya, kemudian diubah suai sedikit sampai dapat rasa yang hampir sama macam kedai. Menariknya, ada teknik tumisan khas yang buatkan kari ini lebih cepat pecah minyak dan lebih wangi.

Bila cuba masak sendiri, memang puas hati sebab kuah dia pekat, berempah dan sesuai sangat dimakan dengan nasi panas. Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi penuh di bawah untuk ketahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasak.

Baca juga: Lauk Simple Tapi Rasa Padu, Resipi Ikan Berlado Ini Buat Orang Tersenyum Waktu Makan

RESIPI KARI IKAN MAMAK

kari ikan mamak

Bahan-bahan:

  • Bawang merah (lebihkan untuk rasa manis semula jadi)
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daun kari
  • Serbuk kari ikan
  • Serbuk cili (ikut tahap pedas)
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Ikan (ikut pilihan)
  • Bendi
  • Tomato (dadu)
  • Halba
  • Asam jawa
  • Santan (sikit sahaja, jangan terlalu banyak)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari sehingga naik bau wangi.
  2. Masukkan halba bersama tomato dadu ketika bawang hampir garing. Jangan letak halba terlalu awal kerana mudah hangit dan boleh buat rasa kari jadi pahit.
  3. Campurkan serbuk kari ikan, serbuk cili, jintan manis dan jintan putih sekali. Masukkan terus ke dalam minyak panas dan kacau lebih kurang 10 saat dengan api perlahan tanpa tambah air dahulu. Cara ini bantu cepatkan proses pecah minyak dan buat rempah lebih naik aroma.
  4. Selepas itu baru masukkan air dan kacau rata sehingga kuah sebati dan mula pecah minyak dengan cantik.
  5. Masukkan ikan dan biarkan ia masak hingga kuah mendidih.
  6. Tambahkan asam jawa, santan sedikit, garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan bendi dan masak sekejap sahaja supaya kekal rangup.
  8. Biarkan kari mereneh seketika hingga kuah menjadi pekat dan beraroma.

Sumber: Natrah Amiruddin

Baca juga: Resipi Gulai Lemak Ikan Talang Masin Nanas, Kuah Pekat Elok & Wangi Kunyit Hidup Memang Semerbak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN