gulai lemak ikan talang

Kalau di rumah ada ikan talang masin, memang antara menu paling cepat orang fikir adalah goreng atau buat lauk simple. Tapi sebenarnya kalau buat gulai lemak ikan talang masin bersama nenas, lagi sedap dan tak jemu makan. Kuahnya berlemak, ada rasa masin ikan yang seimbang dengan manis dan masam semula jadi daripada nenas.

Resipi gulai lemak ikan talang masin nenas gaya Kelantan ini memang sesuai untuk menu harian. Lagi-lagi bila dimasak guna kunyit hidup, aroma dia terus naik dan buat satu rumah bau sedap. Hidangan ini paling ngam dimakan dengan nasi panas, confirm bertambah tanpa sedar.

Baca juga: Resepi Kari Ikan Merah Kuah Pekat Kaw, Cara Tumis Betul INI Buat Rasa Lebih ‘Power’ & Menyelerakan

RESIPI GULAI LEMAK IKAN TALANG MASIN NANAS

gulai lemak ikan talang

Bahan-bahan:

  • Ikan talang masin (dipotong dan rendam seketika untuk kurangkan masin)
  • ½ biji nanas (dipotong kecil)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • Santan segar (RM4 atau 1 kotak kecil santan)
  • Gula dan garam secukup rasa

Bawang merah, bawang putih, lengkuas dan kunyit hidup dikisar halus.

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan kisar bersama cili kisar dan santan ke dalam periuk.
  2. Masak atas api sederhana sambil dikacau perlahan supaya santan tidak pecah minyak.
  3. Bila kuah mula mendidih, masukkan ikan talang masin dan nanas.
  4. Kacau perlahan dan biarkan mendidih seketika hingga kuah sebati.
  5. Perasakan dengan gula dan sedikit garam. Perlu berhati-hati kerana ikan sudah masin.
  6. Biarkan sekejap lagi sehingga semua rasa sebati dan kuah sedikit pekat.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Tip sedap:

  • Gunakan kunyit hidup untuk aroma lebih wangi dan warna gulai yang lebih cantik kekuningan.
  • Jangan letak asam keping kerana nanas sudah memberikan rasa masam semula jadi.
  • Rendam ikan masin terlebih dahulu supaya tahap masin lebih seimbang dalam kuah.

Sumber: Yusma Mustafa

Baca juga: Resipi Gulai Ikan Darat Utara Yang Wangi & Pekat, Letak Daun Kesum Lagi Sedap Menjilat Jari

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN