ikan berlado

Kalau sebut ikan berlado, memang terus terbayang lauk pedas berasap yang makan dengan nasi panas, memang tak cukup satu pinggan. Lagi-lagi bila aroma cili dan bawang tumis naik satu rumah, confirm buat perut terus lapar walaupun baru lepas makan.

Resipi ini memang sesuai untuk menu harian sebab bahan pun ringkas, tapi rasa dia bukan biasa-biasa. Ada gabungan pedas, masam, manis dan cukup rasa yang buatkan lauk ini jadi “pembuka selera” di meja makan.

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Goreng Rangup Bersalut Kuah Pekat, Sedapnya Memang Lain Dari Biasa!

RESIPI IKAN BERLADO

ikan berlado

Bahan ikan goreng:

  • Ikan (apa-apa jenis ikut suka)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan tumisan berlado:

  • Minyak masak
  • 2 biji bawang merah besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 20 biji cili kering (boleh campur cili manis jika nak kurang pedas)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa (jika suka)
  • Kangkung

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam hingga rata. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga garing dan masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, goreng bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau dan sedikit layu. Angkat, tos minyak dan kisar kasar.
  3. Goreng cili kering hingga lembut (boleh campur cili manis jika mahu kurang pedas). Kemudian kisar kasar juga, jangan terlalu halus supaya tekstur masih terasa.
  4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bawang tadi hingga naik bau dan pecah minyak.
  5. Masukkan cili kisar, kemudian tambah sos tiram, sos cili dan asam keping. Gaul rata hingga sebati dan pecah minyak.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa mengikut citarasa.
  7. Masukkan ikan goreng dan kangkung. Gaul perlahan supaya ikan tidak hancur.
  8. Masak sekejap hingga kangkung layu dan semua bahan mesra. Siap untuk dihidang.

Sumber: Thread syazzasyahida

Baca juga: Resipi Dori Sweet Sour, Ikan Rangup Disiram Dengan Kuah Masam Manis Yang Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN