Categories: Resipi

Resepi Telur Kicap Anak Dara Legend, Lauk Sahur Yang Buat Ramai Nak Repeat

Nak lauk yang cepat tetapi sedap untuk sahur? Resepi telur kicap anak dara ini memang jawapannya! Rasa manis, pedas dan wangi bawang menjadikan hidangan ini sesuai untuk sahur, sarapan, makan tengah hari atau lauk berbuka puasa.

Paling menarik, bahan-bahannya mudah didapati dan cara memasaknya pun ringkas. Dalam 15 minit sahaja, anda sudah boleh menghidangkan telur kicap yang pedas manis, wangi dan menyelerakan, cukup untuk memberi tenaga sepanjang hari atau ketika berpuasa.

Baca juga: Cara Masak Sardin Telur Pecah Lazat & Menggoda Selera, Sesuai Untuk Hidangan Seisi Keluarga

RESEPI TELUR KICAP ANAK DARA

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur (goreng mata)
  • 6 biji cili padi (tumbuk kasar)
  • 2 biji bawang besar (tumbuk kasar)
  • 1 biji cili merah besar (hiris)
  • 1 biji cili hijau besar (hiris)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Air secukupnya (untuk kuah)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk (cili padi dan bawang besar) sehingga garing dan wangi.

2. Masukkan cili hiris, tumis seketika.

3. Tambahkan kicap manis, sos cili, sos tiram, gula dan garam. Kacau rata.

4. Tambah sedikit air jika ingin kuah lebih banyak. Biarkan mendidih sehingga pekat.

5. Tutup api dan tuang bahan tumis atas telur goreng. Sedia untuk dihidang, wangi, pedas manis, pasti menyelerakan!

Tips Untuk Telur Kicap Lebih Sedap

  • Tambah lebih cili padi untuk versi pedas.
  • Telur boleh digoreng setengah masak untuk tekstur lebih lembut.
  • Sedikit stok ayam boleh memberi rasa lebih umami.
  • Sesuai dimakan panas-panas semasa sahur, cukup untuk tenaga sepanjang hari.

Kenapa Perlu Cuba Resipi Ini?

  • Mudah dan cepat, sesuai untuk semua peringkat umur.
  • Gabungan rasa manis, pedas dan wangi bawang sangat memikat selera.
  • Sesuai untuk sahur, sarapan, makan tengah hari atau lauk berbuka puasa.

Mudah sahaja bukan? Dengan resepi telur kicap anak dara ini, anda boleh menghidangkan lauk yang pedas manis, wangi, dan pasti disukai semua. Sesuai sangat untuk sahur, sarapan atau lauk berbuka puasa, cepat, mudah, tetapi tetap sedap!

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Ena Rahman

Baca juga: Cara Masak Sup Suhun Telur Sedap Dan Sihat, Tetap Kenyang Walau Tanpa Nasi!

Aimi

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago