
Resipi ikan siakap masak asam antara lauk kampung yang sentiasa menjadi pilihan ramai. Rasanya yang masam pedas, ditambah pula dengan aroma halia dan bawang yang wangi.
Makan pula dengan nasi putih panas-panas, memang membuka selera! Ada menu satu ini dah cukup, tak ada lauk lain pun tak apa.
Menariknya, resipi ini menggunakan teknik goreng ikan terlebih dahulu sebelum dimasak kuah. Cara ini buat isi ikan lebih pejal, tidak mudah hancur dan kuah pula jadi lebih beraroma.
Baca juga: Rahsia Buat Asam Rebus Ikan Kerisi Jadi Lagi Sedap, Masam Manis Pedas Cukup Rasa!
RESIPI IKAN SIAKAP MASAK ASAM

Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
- Sedikit garam
- Sedikit kunyit
Bahan-bahan kuah:
- Cili api
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia (dimayang halus memanjang)
- Lada hitam (ditumbuk)
- Tomato (dipotong empat)
- Air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Sedikit gula
- Sedikit perasa (jika suka)
Cara-cara penyediaan:
- Lumurkan ikan siakap dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga masak dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau dan sedikit layu.
- Masukkan air asam jawa dan lada hitam yang ditumbuk. Kacau rata dan biarkan mendidih.
- Perasakan dengan sedikit garam, gula dan perasa jika suka. Seimbangkan rasa masam, pedas dan manis mengikut citarasa.
- Masukkan cili api dan tomato. Biarkan seketika sehingga tomato sedikit lembut.
Akhir sekali, masukkan ikan siakap yang telah digoreng tadi. Siram kuah atas ikan dan biarkan seketika supaya rasa meresap. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Jika suka kuah lebih beraroma, boleh lebihkan hirisan halia dan bawang. Jangan masak terlalu lama selepas masukkan ikan supaya isi tidak hancur.
Sumber: Nor Hafizah Ismail
Baca juga: Resipi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai, Lauk ‘Bahaya’ Sebab Boleh Buat Diet Ke Laut!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














