Anak-anak anda suka makan donat ball? Musim cuti sekolah ni jom isi masa lapang anak-anak anda dengan aktiviti yang bermanfaat. Kalau sebelum ni mereka sering bermain gajet jadi tukarkan aktiviti itu dengan membuat donut ball bersama-sama.
Paling penting menu ni mesti jadi kegemaran anak-anak kerana ada hiasan yang comel-comel dekat atas tu. Resipi yang dikongsi oleh T-hah T-hah ni sangat mudah, cepat & sedap.
Resipi Donat Ball Dengan 2 Bahan
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan tepung naik sendiri Bluekey
- 330gm yogurt biasa (110gm x 3 bekas)
Untuk hiasan donut:
- Gula Kastor
- Manik warna (optional)
- 200gm Beryls Dark Chocolate Compound Coin*
- 1 sudu besar butter*
Bahan-bahan bertanda * perlu dicairkan di atas api.
Cara-cara:
- Satukan tepung & yogurt. Kacau hingga sebati. Tidak perlu perap & tunggu kembang. Masukkan adunan terus ke dalam piping bag. Gunting hujungnya sebesar duit syiling 50 sen.
- Panaskan minyak. Picit adunan ke dalam minyak panas & gunting sebesar syiling 50 sen. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat & toskan. Biarkan suam.
- Gaul separuh donat dengan gula kastor. Separuh lagi salut dengan coklat & tabur manik warna.
- Siap dan sedia untuk dihidang.
Baca juga:
Cara Buat Kek Coklat Moist Leleh Tanpa Ovallete, Masih Lembut dan Gebu!
Resipi Puding Coklat Paling Senang, Kena ‘Lorek’ Dengan Garfu Baru Lapisan Tak Bergerak