resipi dalca ayam

Hari ini kami kongsikan resipi dalca ayam yang terkenal dengan campuran rempah kari dan sayuran yang melimpah. Hidangan ini sangat sesuai dijadikan sajian utama, terutama bila dihidangkan dengan nasi panas.

Rasa lemak dari santan dan kelembutan sayuran membuatkan dalca ayam ini sempurna untuk dinikmati oleh semua peringkat umur.

Dalam resipi ini juga, anda boleh menambah sayur-sayuran lain seperti labu atau bendi untuk menambahkan variasi dalam juadah ini.

Jom kita lihat resipi penuh perkongsian Cik Puan Ayu Hj Wan Muhammad di bawah ini.

Baca lagi: Cara Pilih Kelapa Muda Yang Banyak Air Dan Manis, Isi Pun Tebal Elok!

RESIPI DALCA AYAM

Bahan-Bahan Dalca Ayam:

Untuk Kuah dan Ayam:

  • Ayam (dipotong kecil-kecil)
  • 1 bungkus serbuk kari daging
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 cawan santan pekat
  • ½ cawan kacang dal (direndam semalaman)

Bahan-Bahan Tumis:

  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)

Sayur-Sayuran:

  • 1 biji terung (dipotong sederhana besar)
  • 2-3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
  • Segenggam kacang panjang (dipotong)
  • 2 biji carrot (dipotong serong)
  • 1 biji nenas (dipotong dadu, optional)

Cara-Cara Penyediaan Dalca Ayam:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih, dan halia yang dihiris bersama rempah 4 sekawan. Tumis sehingga naik bau harum dan bawang kelihatan keperangan serta garing.

2. Setelah bahan tumisan garing, masukkan serbuk kari daging bersama bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar. Masak dengan api perlahan sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.

3. Masukkan potongan ayam ke dalam rempah yang telah ditumis. Gaulkan ayam dengan rempah hingga sebati dan biarkan seketika sehingga ayam mengeluarkan air sendiri. Masak hingga air ayam kering.

4. Setelah ayam masak, masukkan santan pekat dan tambahkan air secukupnya untuk membuat kuah dalca. Kacau sehingga kuah mendidih.

5. Masukkan kacang dal yang telah direndam semalaman. Pastikan anda memasukkan kacang dal lebih awal supaya ia lembut sepenuhnya semasa dalca dimasak.

6. Selepas itu, tambahkan terung kerana terung memerlukan masa yang lebih lama untuk masak. Seterusnya, masukkan ubi kentang, kacang panjang, carrot, dan nenas (jika suka). Biarkan kuah mendidih dan semua bahan masak hingga lembut.

7. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semuanya sebati dan biarkan kuah mendidih perlahan-lahan. Jika kuah terlalu pekat, anda boleh tambahkan sedikit air mengikut citarasa.

resipi dalca ayam

Selamat mencuba!

Sumber: Ayu Hj Wan Muhammad

Baca lagi: Resipi Mi Goreng Basah, Berkuah Likat Mesti Tak Cukup Sepinggan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN