Categories: Resipi

Resipi Nasi Ayam Mudah Yakmat, Dalam Satu Periuk Terus Siap Nasi & Lauk

Siapa suka masak nasi ayam? Banyak resipi nasi ayam mudah yang kita jumpa. Kebanyakannya, ayam akan direbus terlebih dahulu. Kemudian baru akan tanak nasi menggunakan air rebusan ayam tadi.

Rupanya ada cara lebih mudah nak masak ayam dan nasi sekaligus dalam satu periuk. Barulah lebih jimat masa, tak perlu rebus ayam dan tanak nasi berasingan lagi.

Jom lihat resipi nasi ayam perkongsian oleh saudara Khairul Abdullah di bawah. Resipi yang sangat mudah untuk dicuba.

Resipi Nasi Ayam Mudah Yakmat

Nasi Ayam jenis masak sekali harung ni yang paling aku suka.

Mana taknya, semua campak satu periuk sahaja. Terus siap nasi dan lauk. Mudah yakmat. Cara nak buat dia ni kalau nubis buat pun kompom sedap.

Bahan-bahan yang kena ada untuk buat nasi dan lauk:

  • 1 ekor ayam saiz kecil, dibersihkan dan potong 4 atau 8 dan perap dengan sedikit garam. Trim bahagian kulit berlemak dan potong kecil-kecil biar dapat dalam 2 sudu.
  • 2 pot beras, tak kisah beras apa pun. Cuci dan toskan.
  • 4 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1 inci halia dihiris nipis.
  • 1 helai daun pandan dicarik dan disimpul mati.
  • 1 pokok daun bawang.
  • 50gm butter/marjerin.
  • 1 sudu besar minyak bijan.

Cara-cara buat nasi dan ayam:

1. Panaskan butter dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan.

2. Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan lalu goreng lagi sehingga naik bau.

3. Masukkan beras dan kacau sebati. Masukkan air, sukatan dia ikut jenis beras yang kau guna. Masukkan sedikit garam atau boleh jika nak masukkan kiub pati ayam dan kacau sebati.

4. Jika nak masak dalam periuk letrik maka bolehlah transfer sekarang. Kemudian susun ayam di bahagian atas dan lepas tu letakkan daun bawang. Tekan on. Kalau masak periuk biasa, perlahankan api dan tutup periuk. Biar masak.

Cara buat sambal:

Masukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan kisar. Siap.

Cara buat kicap:

Goreng 2 ulas bawang putih dan sedikit halia guna minyak bijan sehingga keperangan. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tambah sos tiram, kicap, sedikit gula, sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati. Siap.

Ayam tu kalau suka yang rangup korang goreng dengan api yang kuat sekejap, biar diluar garing dan di dalam lembut.

Ceduk nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar.

Ayam tu goreng sekejap, biar dia garing sikit. 

Kredit: Khairul Abdullah

Wan N

Recent Posts

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

3 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 hours ago

Resepi Ayam Masak Padang Tanpa Santan, Kuah Pekat Dengan Rasa Rempah Pedas Masam!

Resepi ayam masak padang sesuai dicuba bagi penggemar lauk berempah yang kaya dengan rasa dan…

4 hours ago

Resipi Ayam Masak Cili Api Pedas Menyengat… Menu Makan Malam ‘Anti-Diet’, Memang Tak Cukup!

Ayam masak cili api antara menu makan malam yang sesuai untuk penggemar hidangan pedas. Rasa…

23 hours ago

Cara Rebus Kupang Tanpa Air & Garam, Letak 3 Bahan Ini Kalau Nak Lagi Harum.. Sedapnya Ratah!

Cara rebus kupang sebenarnya mudah dan tak memerlukan banyak bahan. Tak perlu tambah air atau…

24 hours ago

Resipi Kek Marble Kopi Yang Buat Harum Satu Rumah, Tak Sabar Nak Potong Bila Dah Siap Bakar!

Kek marble kopi antara pilihan menarik untuk hidangan minum petang. Gabungan adunan kek biasa dengan…

24 hours ago