PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-09-15 04:26:56
Chicken Sup Dumpling sememangnya antara makanan masyarakat Cina yang sering menjadi kegemaran ramai. Malah, ia juga mudah didapati di restoran-restoran Melayu kerana rasanya yang sedap menepati citarasa semua orang. Apa kata kali ini korang cuba sendiri resepi yang dikongsikan oleh Wany Lifa . Cara penyediaannya pun sangat mudah dan menjimatkan! Jom cuba!
Bahan-bahan:
- 300g isi ayam filet (dicincang)
- Setengah batrang lobak merah (disagat)
- 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
- Daun sup & daun bawang (dipotong halus)
- 2 sudu serbuk lada sulah
- 3 sudu minyak bijan
- 2 sudu serbuk maggi cukup rasa
- 1 sudu kecil garam & gula
- Dumpling pastry (instant)
Cara-cara:
- Campurkan kesemua bahan kecuali dumpling pastry ke dalam bekas dan gaulkan sehingga ianya sebati. Kemudian, perapkan seketika selama 10 minit.
- Selepas cukup diperap, Tarik satu per satu lapisan dumpling ini dan letakkan di atas pinggan leper. Kemudian, masukkan inti yang sudah siap tadi dalam sukatan satu sudu makan.
- Kelimkan mengikut kreativiti sendiri dan susunkan ke dalam pengukus.
- Selepas itu, kukuskan dumpling selama 10 minit atau sehingga masak. Apabila sudah siap dikukus, keluarkan dan boleh dimakan dengan sos kicap ataupun boleh digoreng.
Bahan-bahan sup dumpling:
- 6 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
- 1 inci halia (diketuk dan dicincang)
- 1 sudu kecil minyak bijan
- Sedikit serbuk lada sulah
- Setengah kiub ayam maggi
- Garam & gula
Cara-caranya:
- Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kemudian, letakkan 1 mangkuk air ke dalam periuk lalu masukkan bahan-bahan lain dan masak sehingga mendidih.
- Masukkan dumpling yang sudah siap dikukus tadi ke dalam periuk dan biarkan seketika selama 2 ke 3 minit. Untuk menaikkan lagi aroma sup, tabur sedikit daun bawang.
- Untuk sos, gunakan sos Thai dan campurkan bersama sedikit daun ketumbar yang dicincang halus. Kemudian gaulkan sehingga sebati. Sangat sesua dimakan bersama sup dumpling
Siap! Sedap dimakan waktu petang bersama keluarga. Selamat mencuba!