resepi cream cheese

Resepi cream cheese atau krim keju adalah bahan penting dalam pembuatan kek, manisan dan pelbagai hidangan lain. Namun, kadangkala krim keju sukar didapati dan harganya juga agak mahal.

Melalui perkongsian Cik Puan Hana, beliau telah berkongsi cara-cara menghasilkan cream cheese atau krim keju secara homemade hanya dengan menggunakan tiga bahan. Jom kita lihat cara-caranya.

Baca juga: Cara Buat Egg Tofu Homemade Guna 2 Bahan, Teksturnya Lembut & Licin Elok!

RESEPI CREAM CHEESE HOMEMADE GUNA 3 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 1 liter susu fresh/full cream
  • 1 biji lemon
  • Secubit garam halus

Cara-cara:

1. Mula-mula, perahkan lemon ke dalam mangkuk.

resepi cream cheese

2. Pastikan lemon dapat dalam 4 atau 5 sudu besar. Ketepikan seketika.

3. Tuangkan susu ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana dan kacau perlahan-lahan sampai mendidih.

4. Apabila sudah mendidih kecil, masukkan perahan lemon sedikit demi sedikit.

5. Kacau perlahan sehingga susu berketul.

6. Jika susu sudah berketul, tutup api dan tutup periuk. Biarkan selama 30 minit.

7. Tapis semua ketulan susu tadi.

8. Selepas siap tapis airnya, boleh dikisar halus.

9. Masukkan cream cheese ke dalam pengisar dan kisar halus bersama secubit garam.

resepi cream cheese

10. Simpan ke dalam bekas kedap udara. Boleh tahan selama seminggu di dalam chiller.

resepi cream cheese

Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Hana

Baca juga: Cara Buat Pes Pandan Homemade, Bau Wangi Semerbak Tak Sama Macam Beli

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN