cheesekut

Tercari-cari resipi pencuci mulut yang ringkas dan mudah untuk dibuat? Jom cuba Resipi Cheesekut ini.

Hanya guna 4 bahan mudah, anda boleh hasilkan dessert yang lazat dan puas bila makan.

Cara-cara membuatnya juga senang saja, hanya perlu kisar menggunakan blender. 

CARA BUAT CHEESEKUT GUNA 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 200-250g cream cheese
  • 1 paket biskut cream crackers
  • 1 kotak kecil susu segar
  • 1/2 tin susu pekat (nak manis boleh guna 3/4 tin)

Untuk Layer/Topping: Milo/Nestum/Oreo/Cornflakes (ikut citarasa

Cara-cara:

  1. Kisar cream cheese, susu pekat dan susu segar (guna dalam 4 sudu besar) sampai kembang dan gebu.cheesekut
  2. Sediakan bekas, ukur biskut siap-siap supaya muat dengan bekas. Kemudian letak lapisan cream cheese, diikuti dengan biskut. (rendam biskut sekejap dalam susu segar). Tutup semula lapisan biskut dengan cream cheese.
  3. Kemudian tabur milo atau apa-apa topping yang disukai.
  4. Ulang step sehingga habis semua adunan cheese. Boleh hias topping mengikut citarasa masing-masing.
  5. Dah siap! Sejukkan dulu dalam peti ais, baru sedap dimakan.
  6. Selamat mencuba!

Kredit: Dapur Cik Tom

Baca juga:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN