
Kalau anda peminat roti homemade, resepi roti manis butterscotch ini memang wajib cuba. Bau harum bila roti baru keluar dari oven tu memang boleh buat satu rumah lapar! Teksturnya pula gebu, lembut dan tak kering.
Kadang-kadang pagi kita tak sempat nak sediakan sarapan berat. Jadi, roti manis macam Ini memang penyelamat. Lagi sedap bila buat sendiri sebab boleh kawal bahan dan rasa. Nak tambah topping butterscotch, coklat atau kismis pun boleh ikut selera.
Resipi ini juga sesuai untuk pemula sebab langkahnya tak terlalu rumit. Boleh guna breadmaker atau uli tangan sahaja. Yang penting, ikut teknik uli dan perap dengan betul untuk dapatkan hasil roti yang cantik dan gebu.
Baca juga: Resipi Roti Telur Lembut & Tak Kering Walaupun Dah Sejuk, Jadi Menu Rebutan Anak-Anak!
RESEPI ROTI MANIS BUTTERSCOTH YANG GEBU GEBAS

Bahan-bahan:
- 250g tepung gandum
- 50g gula halus
- 1 sudu kecil garam halus
- 5g yis
- 1 sudu kecil superbake (boleh ganti dengan 1/2 sudu kecil improver + 1/2 sudu kecil softener)
- 1 biji telur (campur bersama air sejuk, cukupkan jadi 150ml)
- 40g marjerin
- 2 sudu besar susu tepung
- 150ml air sejuk
Cara-cara penyediaan:
- Jika guna breadmaker, masukkan bahan cecair terlebih dahulu diikuti bahan kering.
- Jika uli tangan, gaulkan semua bahan hingga menjadi doh. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Proses ini ambil masa lebih kurang 30 minit untuk hasil yang lebih cantik dan lembut.
- Setelah doh siap diuli, bentukkan doh kepada bulat-bulat kecil mengikut saiz yang diinginkan.
- Susun doh di atas loyang dan biarkan ia mengembang (perap) sehingga naik dua kali ganda.
- Sembur sedikit air pada permukaan doh untuk elakkan kering. Boleh juga tambah topping mengikut selera seperti butterscotch, gula atau coklat.
- Bakar dalam oven pada suhu 180°C selama 25–30 minit atau sehingga permukaan roti kekuningan.
- Suhu dan masa bergantung pada oven masing-masing, jadi sentiasa perhatikan roti semasa membakar.
Sumber: Sha Roziah Al Yahya
Baca juga: Resipi Roti Sardin Telur Ringkas & Sedap, Menu Sarapan Cepat Yang Tak Pernah Jemu
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














