resepi puding quesillo

Sedang mencari resepi puding quesillo yang viral dan mudah dibuat di rumah? Puding ini tengah trending sebab lembut, berkrim, dan rasa cream cheese yang kaya, lengkap dengan lapisan karamel golden yang pekat. Sesuai sangat untuk hidangan berbuka puasa, jamuan keluarga atau pencuci mulut istimewa.

Selain sedap, puding quesillo ini juga mudah disediakan, menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur. Dengan langkah ringkas, anda boleh hasilkan puding gebu yang melt di mulut, siap untuk dikongsi dengan keluarga dan rakan-rakan.

Baca juga: Resepi Puding Roti Marble Berlapis Cantik, Memikat Mata & Manis Dimakan

RESEPI PUDING QUESILLO VIRAL

resepi puding quesillo

Bahan-bahan air gula karamel:

  • 100ml air
  • 150g gula

Bahan-bahan adunan puding:

  • 250g cream cheese
  • 100ml whipping cream
  • 800ml susu cair
  • 100g susu pekat manis
  • 100g gula kastor
  • 12 biji telur A
  • ½ sudu teh garam
  • 2–3 sudu teh esen vanilla

Cara-cara penyediaan:

1. Buat Karamel Golden

  • Masak gula dan air hingga menjadi karamel keemasan.
  • Tuang ke dalam loyang 8 inci dan ratakan.

2. Sediakan Adunan Puding

  • Masukkan cream cheese, whipping cream, susu cair, susu pekat, gula, telur, garam dan esen vanilla ke dalam blender.
  • Kisar sekejap sahaja, jangan terlalu lama supaya puding tidak kembang.
  • Tapis adunan supaya puding licin dan gebu.

3. Tuang Dan Tutup

  • Tuang adunan ke atas karamel dalam loyang.
  • Tutup dengan aluminium foil dan cucuk-cucuk sedikit untuk keluarkan wap.

4. Bakar Dengan Water Bath

  • Panaskan oven pada 140°C.
  • Letakkan loyang 8 inci ke dalam loyang lebih besar dan tuang air panas (water bath).
  • Bakar selama 1 jam 30 minit hingga puding masak.

5. Sejukkan Dan Hidang

  • Biarkan puding suam, kemudian masukkan peti sejuk 6 jam atau lebih.
  • Potong dan hidangkan.

Tips Puding Quesillo Viral

  • Jangan blend terlalu lama supaya puding kekal lembut.
  • Karamel jangan biar gelap sangat untuk elak rasa pahit.
  • Water bath penting untuk puding masak sekata dan licin.
  • Nak wangi? Tambah sedikit parutan kulit limau nipis atau esen almond.

Dengan resepi puding quesillo ini, anda boleh ikut trend terkini dan nikmati puding gebu dengan lapisan karamel golden yang manis pekat di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Ticer Ika

Baca juga: Resepi Puding Karamel Cheese Paling Creamy, Licin & Padat, Rasa Tak Muak Langsung!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN