Resipi burger ayam homemade ini memang sesuai sangat dibuat untuk anak-anak ketika cuti sekolah. Daripada asyik beli burger di luar, apa kata cuba buat sendiri chicken patty di rumah? Bukan saja lebih puas makan, malah boleh buat banyak dengan kos yang lebih menjimatkan.
Menariknya, resipi ini menggunakan dada ayam sebagai bahan utama dan boleh menghasilkan kira-kira 14 keping patty ayam dengan modal sekitar RM12 sahaja. Patty pula boleh disimpan dan dimasak bila-bila masa teringin nak makan burger.
Cara membuatnya juga cukup mudah. Semua bahan hanya perlu dikisar atau dicampur, dibentuk dan dimasak atas kuali sehingga keperangan. Bila patty masih panas, letakkan sekeping cheese dan biarkan ia meleleh atas patty. Memang nampak menyelerakan!
Baca juga: Cara Buat Sosej Homemade Yang Sihat & Sedap, Guna 3 Keping Isi Ayam Boleh Dapat 38 Biji!
RESIPI BURGER AYAM HOMEMADE
Bahan-bahan patty ayam:
- 5 ketul dada ayam (dikisar halus)
- 2 biji telur
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- 1 sudu besar serbuk bawang putih
- ½ sudu besar garam
- 1 sudu besar serbuk perasa
- 2 sudu besar serbuk roti
- Bawang holland (dicincang)
- Bawang putih (dicincang)
- Sedikit minyak untuk memasak
Bahan-bahan lain:
- Roti burger secukupnya
- Butter secukupnya
- Cheese keping
- Sayur pilihan seperti salad, tomato dan timun
- Sos cili
- Mayonis
Cara-cara penyediaan:
- Tumis bawang terlebih dahulu. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang holland bersama bawang putih yang telah dicincang sehingga wangi. Ketepikan dan biarkan sejuk sedikit.
- Dalam satu bekas, masukkan dada ayam yang telah dikisar, telur, serbuk lada hitam, serbuk bawang putih, garam, serbuk perasa, serbuk roti serta bawang yang telah ditumis.
- Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan adunan menjadi sedikit melekit.
- Ambil sedikit adunan, kemudian bentukkan menjadi bulat dan leper mengikut saiz roti burger. Ulang sehingga semua adunan habis.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masak chicken patty menggunakan api sederhana sehingga kedua-dua bahagian masak dan berwarna keperangan.
- Semasa patty masih panas, letakkan sekeping cheese di atasnya. Biarkan seketika sehingga cheese mula meleleh.
- Untuk menyediakan sos mudah, campurkan sos cili bersama mayonis mengikut sukatan yang disukai.
- Sapu sedikit butter pada bahagian dalam roti burger dan bakar seketika di atas kuali sehingga sedikit garing.
- Susun burger dengan meletakkan sos, salad atau sayur pilihan, chicken patty bersama cheese dan bahan tambahan yang disukai.
- Tutup dengan bahagian atas roti dan burger ayam homemade siap untuk dinikmati!
Sumber: Munirah Jamaludin
Baca juga: Tak Perlu Beli Lagi! Wanita Kongsi Resipi Chili Oil Homemade, Lagi Sedap & Wangi Dari Yang Dijual
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

