bubur anak lebah

Bagi anda yang berasal dari Perak, tahu tak tentang resipi Bubur Anak Lebah ini? Kalau belum tahu, mari kita baca sedikit pasal makanan tradisi negeri Perak yang makin dilupakan ni.

Jangan keliru dengan namanya, bubur ini tiada kena mengena dengan anak lebah masuk pun. Namanya hanya ada kaitan sebab bentuk tepung seakan-akan macam anak lebah.

Baca juga: 3 Jenis Sambal Belacan Perak Yang Boleh Dicuba, Memang Kegilaan Ramai!

Bubur  ini popular di Perak Tengah, khususnya di Bota. Tapi, orang muda tak berapa nak tahu sebab cara masaknya yang agak unik.

Penduduk lama kat Bota kata, bubur ini selalu disediakan dalam majlis atau kenduri-kendara seperti majlis naik buai, cukur jambul, akikah, dan macam-macam lagi.

Mari ikuti resipi penuh dari perkongsian Norfazida Gda ini.


RESIPI BUBUR ANAK LEBAH 

Nampak macam cendol tapi bukan dia..Ini menu orang Perak, belah-belah Bota. Sedap hirup bubur hujan-hujan macam ini. 

resipi bubur anak lebah

Bahan-bahan tepung:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1sb tepung gandum
  • 1/4sk air kapur
  • 1/3 cawan air pandan atau 1/3 cawan air + setitis esen pandan
  • Sedikit pewarna hijau (optional)

Cara penyediaan tepung:

  1. Campurkan semua bahan, gaul dan uli hingga sekata menjadi adunan yang lembut.
  2. Didihkan air dalam periuk. Sagat adunan ke dalam air mendidih dan biarkan sehingga masak.
  3. Angkat, toskan lebihan air dan masukkan ke dalam kuah.
  4. Masak sehingga kuah mendidih.

Bahan-bahan kuah:

  • 200ml santan
  • 1 cawan air
  • 1/4 cawan gula pasir/melaka
  • 2sb biji sagu (rendam sekejap)
  • 1/4sk garam

Cara-cara penyediaan kuah:

  1. Campurkan santan, air dan gula. Masak sehingga larut.
  2. Masukkan anak lebah, sagu dan garam.
  3. Masak sehingga sagu menjadi jernih dan kuah mendidih.
  4. Siap. 

resipi bubur anak lebah


Makanan warisan yang semakin dilupakan seperti bubur anak lebah ini seharusnya diketengahkan semula supaya ia tidak pupus ditelan zaman. Adalah satu kerugian yang amat besar sekali jika makanan yang sedap ini tidak diwarisi kepada generasi muda untuk santapan anak cucu kita.

Selamat mencuba komer~

Sumber: Norfazida Gda

Baca juga: Rendang Tok, Menu Tradisi Negeri Perak, Ini Cara Membuatnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN