Categories: Resipi

Resipi Bihun Sup Utara Terpaling ‘Kick’, Sedapnya Tak Jumpa Dekat Tempat Lain!

Jika anda berasal dari Utara Semenanjung Malaysia, wajib cuba resipi Bihun Sup Utara. Susah nak jumpa di tempat lain, jadi ia sesuai dijadikan pengubat rindu kampung halaman.

Resipi Bihun Sup Utara menghasilkan hidangan bihun bersama kuah sup daging atau ayam berempah ringan, lengkap dengan sambal cabai merah yang padu.

Nak cuba masak sendiri di rumah, ikut saja resipi Bihun Sup Utara oleh Fidayah Fairul di Facebook. Sup wangi, bihun lembut dan sambalnya cukup menyengat. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Bihun Tomyam Masam Pedas Wangi, Nak Rasa ‘Kick’ Macam Kedai Thai Ada Tipsnya!

RESIPI BIHUN SUP UTARA

Bahan-bahan sup daging:

  • 1kg daging (rebus dulu sampai lembut dan simpan air rebusan)
  • Bawang putih, bawang merah, halia (ditumbuk)
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
  • Daun ketumbar (2 hingga 3 pokok)
  • Daun sup (2 pokok kecil)
  • Lada hitam (tumbuk sendiri)
  • Lada putih
  • Garam dan serbuk perasa atau stok ayam

Cara-cara menyediakan sup daging:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama 4 sekawan hingga naik bau.

2. Masukkan air rebusan daging (boleh tambah air jika tak cukup).

3. Tambah daun ketumbar dan daun sup bersama akar yang telah dibersihkan.

4. Masukkan lada hitam dan lada putih (lebihkan lada hitam untuk rasa padu).

5. Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.

6. Masukkan semula daging rebus tadi ke dalam kuah sup supaya lebih berperisa. Siap!

Cara-cara menyediakan bihun kuning:

1. Rendam bihun dalam air bercampur serbuk kunyit selama 30 minit.

2. Rebus sampai lembut dan tambahkan sedikit garam dalam air rebusan. Siap!

Bahan-bahan sambal cabai merah:

  • Cili kering segenggam (rebus sampai lembut dan toskan)
  • 3 hingga 4 ulas bawang putih
  • 2 hingga 3 sudu kecil garam (ikut rasa)

Cara-cara menyediakan sambal cabai merah:

1. Kisar cili kering bersama bawang putih sampai halus.

2. Tumis dalam minyak hingga naik bau dan pecah minyak.

3. Tambah sedikit air supaya tak terlalu pekat.

4. Setelah pecah minyak, masukkan garam secukupnya. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Fidayah Fairul

Baca juga: Cara Buat Bihun Sup Simple & Mudah Di Rumah, Siap Dalam 15 Minit Saja

Aimi

Recent Posts

Madu Limau Kasturi Campur Halia, Buat Stok Siap-Siap Bila Musim Selesema

Madu limau kasturi untuk selesema ini sesuai dijadikan stok di rumah, terutama apabila tekak mula…

1 day ago

Resipi Lala Sos Tiram, Kuah Pekat Pedas Memang Buat Tak Cukup Sepinggan!

Resipi lala masak sos tiram antara hidangan yang biasa ditemui di meja makan kerana rasanya…

1 day ago

Petua Tauhu Tahan Lama, Ini 7 Cara Simpan Supaya Tak Cepat Masam & Berlendir

Petua tauhu tahan lama ini boleh dicuba kalau selalu beli tauhu tetapi tidak sempat masak…

1 day ago

Jangan Terkejut, Uncang Teh Rupanya Boleh Lepaskan Jutaan Mikroplastik Bila Direndam Air Panas!

Teh uncang memang mudah digunakan. Masukkan uncang ke dalam cawan, tuang air panas dan tunggu…

1 day ago

Resipi Terung Berlado Pecah Telur, Lauk Yang Ringkas Dibuat Tapi Membuka Selera!

Kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi terung berlado pecah telur hasil rujukan daripada Puan Eniza…

1 day ago

Kek Pisang Moist, Guna Butter Campur Minyak Jadi Lebih Lembut & Tak Bantat

Dulu selalu buat kek pisang tetapi hasilnya bantat, malah ada yang naik elok dalam oven…

1 day ago