
Tiada masa nak sediakan hidangan berat untuk keluarga, tapi setiap kali waktu makan pasti anak-anak mula mengadu lapar. Jadi, ini masanya untuk buat Bihun Sup simple di rumah.
Bihun Sup ialah hidangan yang menggunakan bihun sebagai bahan utama, disajikan bersama kuah sup ringan serta pelbagai bahan sampingan seperti isi ayam, bebola ikan, sayur-sayuran dan sambal kicap sebagai pelengkap.
Baru-baru ini, Najah Mohd kongsikan cara membuat hidangan ini di Facebook yang sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja kerana boleh siap dalam 15 minit saja. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Pilih Dan Cara Rendam Bihun Mengikut Jenis, Hasil Cukup Puas Hati!
RESIPI BIHUN SUP SIMPLE

Bahan-bahan bihun sup:
- Bihun (rendam dalam air suam sampai lembut)
- ½ labu bawang putih (dicincang)
- Isi ayam
- 2 batang akar daun bawang
- 1 kiub pati ayam atau jenama Masako
- Lada sulah
- Garam
- Bebola ikan (fishball)
- Kek ikan (fishcake)
- Sayur pak choy
Bahan-bahan sambal kicap:
- 10 tangkai cili
- 2 ulas bawang putih
- Kicap manis
- Limau kasturi
Cara-cara memasak:
1. Goreng bawang putih cincang sampai keemasan. Angkat dan ketepikan separuh sebagai hiasan, tinggalkan separuh lagi dalam kuali.
2. Masukkan isi ayam ke dalam kuali dan renehkan bersama bawang putih tadi sampai masak dan naik bau.
3. Masukkan akar daun bawang, kiub pati ayam, dan sedikit air (anggaran 2 cawan).
4. Apabila kuah mula mereneh, masukkan fishball dan fishcake.
5. Tambah bawang putih goreng yang awal tadi, kemudian perasakan dengan lada sulah dan garam secukup rasa.
6. Masukkan sayur pak choy. Jangan masak terlalu lama agar ia kekal segar dan rangup.
7. Tuangkan sup ke atas bihun yang telah dicelur. Siap untuk dihidang!
Cara-cara menyediakan sambal kicap:
1. Goreng sekejap cili dan bawang putih sampai layu.
2. Kisar bersama kicap.
3. Perah sedikit limau kasturi.
Selamat mencuba!
Sumber: Najah Mohd
Baca juga: Ibu Mentua Ajar Cara Buat Bihun Goreng Singapore Sedap, Sekali Masak Pasti Licin!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














