
Jika masih gunakan cara rebus atas dapur yang lama supaya daging lembut, selepas ini tak perlu lagi. Sebenarnya, ada cara nak lembutkan daging yang lebih cepat dan mudah.
Ramai yang berdepan situasi daging yang dimasak jadi liat dan susah dikunyah walaupun sudah lama dimasak. Bukan saja merosakkan selera, tapi juga membazir masa dan tenaga.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara nak lembutkan daging yang lebih mudah dan cepat dengan hanya menggunakan periuk nasi di rumah. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi
CARA NAK LEMBUTKAN DAGING GUNA PERIUK NASI

Kredit gambar: Facebook Umi Alfira
1. Mula-mula, basuh daging dengan bersih terlebih dahulu.
2. Selepas itu, potong daging ikut saiz yang disukai dan sesuai untuk makan.
3. Kemudian, masukkan daging yang telah dipotong tadi ke dalam periuk nasi.

Kredit gambar: Facebook Farid Rashidi
4. Masukkan sedikit air, lebih kurang 1 cawan dalam periuk nasi atau mengikut paras berapa banyak daging yang digunakan.
5. Akhir sekali, tekan suis dan biarkan ia masak seperti biasa. Siap untuk digunakan!
Nak jimat penggunaan gas dan cepat memasak di dapur, beginilah caranya. Jadi, jangan lupa untuk gunakan cara lembutkan daging dengan periuk nasi ini.
Tips ini boleh digunakan untuk lembutkan kaki ayam dan tulang juga. Dengan tekstur empuk, berjus dan lazat, keluarga anda pasti lebih puas menikmati hidangan yang disediakan.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Farid Rashidi, Nurul Iman
Sumber: Haryani Rosli
Baca juga: Cara Lembutkan Nasi Keras Dan Kering, Puas Hati Bila Tengok Hasilnya
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














