Terung antara sayur yang jimat dan mudah diolah. Sebelum ini sudah biasa dengan stail kampung, apa kata anda cuba buat Terung Masak Berlada ala Thai pula untuk keluarga.
Resipi Terung Masak Berlada ala Thai oleh Atien Carmella di Facebook sangat mudah dibuat tapi kesedapannya sampai licin nasi sepinggan. Jom kita cuba!
Baca juga: Sambal Ikan Bilis Petai, Lauk Paling Jimat Tapi Sedap Macam Mak Masak!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, bakar terung belah dua atas dapur gas hingga lembut, tapi jangan sampai hangus, angkat dan ketepikan.
2. Selepas itu, tumbuk bawang putih bersama cili sampai hancur lumat.
3. Kemudian, masukkan sedikit udang geragau dalam bahan tumbuk untuk naikkan rasa.
4. Seterusnya, panaskan kuali dan tumis bawang holland sampai garing.
5. Apabila kuali sudah panas dan bawang garing, masukkan bahan tumbuk tadi.
6. Kacau sekejap, kemudian masukkan sos nampla.
7. Setelah itu, tambahkan lada putih, garam dan gula secukup rasa.
8. Jika sambal terlalu kering, masukkan sedikit air.
8. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar cincang dan gaul rata. Sebelum makan, picitkan sedikit asam untuk seimbangkan rasa. Siap untuk dinikmati!
Selamat mencuba!
Sumber: Atien Carmella
Baca juga: Telur Mata Masak Kicap, Lauk Tunggu Gaji Paling ‘Legend’, Wajib Cuba Bila Poket Sendu!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…