resipi bendi tumis cili

Resipi bendi tumis cili bersama telur adalah hidangan ringkas tetapi memerlukan teknik yang betul agar hasilnya sempurna, terutama untuk mengelakkan masalah lendir yang sering berlaku.

Dengan menggunakan tips dan langkah-langkah yang betul, anda boleh menyediakan kacang bendi tumis yang lazat dan cantik dihidangkan.

Hidangan ini sesuai dijadikan menu harian atau makan malam bersama keluarga. Jom tengok menu untuk makan tengah hari sekejap lagi.

Baca lagi: Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

RESIPI BENDI TUMIS CILI

Bahan-Bahan Utama:

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 1 sudu kecil belacan atau sejemput ikan bilis (saya menggunakan belacan)
  • 1-2 biji telur (pukul terlebih dahulu)
  • 16 batang kacang bendi (potong serong)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

Langkah-Langkah Penyediaan:

1. Kisar kering atau tumbuk kasar bahan-bahan bertanda (*) seperti bawang besar, bawang putih, cili merah, dan belacan/ikan bilis. Ini akan memberikan rasa pedas yang sedap dan aroma tumisan yang memikat.

2. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.

3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan tumis sehingga bahan menjadi kering dan garing. Langkah ini penting untuk memastikan tumisan tidak mentah dan memberi aroma yang wangi.

4. Ketepikan bahan tumisan ke sisi kuali.

5. Tuangkan telur yang telah dipukul ke bahagian tengah kuali.

6. Biarkan telur masak sedikit pada bahagian bawahnya selama beberapa saat sebelum mula menyentuhnya.

7. Gunakan sudip untuk tarik dan sorong telur perlahan-lahan sehingga menjadi telur hancur yang lembut dan gebu.

8. Gaulkan telur yang telah hancur dengan bahan tumisan.

9. Tambahkan kacang bendi yang telah dipotong serong ke dalam kuali.

10. Gaul rata kacang bendi dengan bahan tumisan dan telur.

11. Perasakan dengan garam mengikut keperluan.

12. Masak kacang bendi sehingga lembut tetapi masih mengekalkan kerangupannya. Pastikan anda tidak terlebih masak untuk mengelakkan kacang bendi kehilangan tekstur.

13. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih untuk pengalaman makan yang terbaik.

Tips Elak Kacang Bendi Berlendir

  • Bilas kacang bendi terlebih dahulu sebelum dipotong. Pastikan ia benar-benar kering menggunakan tisu dapur atau biarkan ia tus.
  • Jangan bilas kacang bendi selepas dipotong. Langsung terus masak untuk mengelakkan lendir keluar.
  • Elakkan mengacau kacang bendi terlalu banyak semasa memasak kerana ini boleh menyebabkan lendir terhasil.

Sumber: Noor Ashikin Saerah 

Baca lagi: Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN