bebola pedas

Kalau dah bosan dengan menu sayur biasa, apa kata cuba resipi bebola pedas dengan kangkung dan tauge ini. Lauk yang cepat, ringkas tapi tetap sedap.

Gabungan sayur hijau yang segar dengan bebola kenyal daripada tepung pulut memang lain daripada yang lain. Bila digaul dengan tumisan pedas berempah, memang cukup rasa pedas, masin dan sedikit manis.

Baca juga: Resipi Kerabu Telur Masin Paling Sempoi, Menu ‘Pembuka’ Yang Buat Selera Bertambah!

RESIPI BEBOLA PEDAS DENGAN KANGKUNG & TAUGE

bebola pedas

Bahan-bahan:

  • 1 ikat kangkung (potong pendek)
  • 1 mangkuk tauge (buang ekor jika suka)
  • 1 cawan tepung pulut
  • 2-3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3-5 biji cili padi atau cili merah (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam secukupnya
  • Sedikit gula
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Dalam satu bekas, gaulkan tepung pulut dengan sedikit air hingga menjadi doh yang lembut. Bentukkan doh menjadi bebola kecil.
  2. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan bebola tadi. Rebus hingga bebola timbul di permukaan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili hingga naik bau dan sedikit kekuningan.
  4. Masukkan kangkung bersama sedikit air. Gaul dan masak seketika hingga kangkung mula layu.
  5. Tambahkan sos tiram, garam dan sedikit gula. Kacau rata bagi sebati.
  6. Masukkan tauge dan bebola pulut. Gaul cepat supaya tauge kekal rangup dan bebola bersalut dengan kuah.
  7. Rasa dan ubah suai perasa jika perlu. Angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.

Sumber: Anna Arland

Baca juga: Resipi Ayam Bakar BBQ Yang Beraroma & Juicy, Rempah Perapan Meresap Sampai Ke Isi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN