resepi kerabu telur masin

Resepi kerabu telur masin ini wajib dicuba jika tekak rasa tawar atau tak lalu nak makan lauk-pauk yang berat atau berminyak. Menu ringkas tapi mampu membangkitkan selera dalam sekelip mata.

Jangan pandang rendah pada menu yang nampak “biasa-biasa” ini. Walaupun ada yang kata cara buatnya terlampau senang, tapi hakikatnya, kerabu telur masin ini penyelamat ketika anda tak tahu nak masak apa.

Resipi ini juga tak perlu tumis-tumis atau renyah di dapur. Dengan gabungan rasa masam cuka, manis gula dan pedas cili padi, ia adalah pelengkap hidangan yang sangat harmoni.

Baca juga: Resipi Kerabu Ikan Bilis ‘Rangup’, Menu Pembuka Selera Yang Buat Kecur Air Liur!

RESEPI KERABU TELUR MASIN

resepi kerabu telur masin

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur masin (direbus matang)
  • 1 biji bawang besar (dibelah dua dan dihiris nipis)
  • 8 biji cili padi (dihiris halus – boleh tambah kalau suka pedas)
  • 5 sudu makan cuka makan
  • 2 sudu makan gula pasir

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula, belah telur masin yang telah direbus tadi. Gunakan sudu untuk mengeluarkan isinya dengan berhati-hati. Masukkan ke dalam mangkuk besar.
  2. Potong isi telur masin tadi menggunakan sudu secara kasar. Pastikan potongan tidak terlalu kecil atau hancur supaya tekstur telur tetap cantik dan tidak “lenyek” apabila digaul nanti.
  3. Masukkan hiris bawang besar dan cili padi ke dalam mangkuk berisi telur tadi.
  4. Tuangkan cuka dan taburkan gula secukupnya.
  5. Gaul semua bahan dengan perlahan-lahan menggunakan sudu. Pastikan gula larut dan semua bahan bersalut rata dengan cuka.
  6. Rasa sedikit kuahnya, jika dah cukup masam manisnya, Kerabu Telur Masin anda sedia untuk dinikmati!

Sumber: Hanim Corner

Baca juga: Resipi Kerabu Kacang Botol Dengan Kerang & Bunga Kantan, Rasa Segar Bila Makan Sejuk-Sejuk!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN