resipi ayam varuval

Resipi ayam varuval ini merupakan makanan popular kalangan masyarakat India. ‘Varuval‘ yang membawa maksud garing ini memang berbaloi untuk dicuba.

Selain itu, makanan ini juga sangat kena dengan citarasa masyarakat Melayu sehingga ada yang membuat resipi ini versi melayu.

Jom kita tengok perkongsian oleh Hanisah Abdullah yang dikongsikan di laman Facebook milik beliau.

Baca juga: Resipi Yee Mee Kantonis, Menu Ringkas & Menyelerakan Untuk Makan Malam

RESIPI AYAM VARUVAL

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam, dipotong 24-26 bahagian
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 5 tangkai daun kari
  • 5 biji cili kering, dipotong dua
  • 2 biji bawang Holland, dihiris kasar
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 4 biji tomato, dipotong dadu
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Memasak:

1. Basuh ayam sehingga bersih dan tapis untuk mengeluarkan semua air.

2. Tumbuk 5 ulas bawang putih dan 2 inci halia. Gaulkan bersama ayam.

3. Tambah 1 sudu kecil serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, dan 1 sudu kecil garam. Gaul sebati dan perap selama 1 jam.

4. Tumis 5 tangkai daun kari, 5 biji cili kering yang dipotong dua, dan 2 biji bawang Holland yang dihiris kasar hingga agak layu. Angkat dan ketepikan.

5. Goreng ayam yang telah diperap sehingga agak garing. Angkat dan toskan minyak.

6. Dalam kuali berasingan, tumis 4 sekawan, 4 ulas bawang putih, dan 1 inci halia (ditumbuk atau dihiris halus) sehingga naik bau.

7. Masukkan 3 sudu besar serbuk kari daging, 1 sudu kecil serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunyit, dan serbuk jintan putih. Kacau perlahan tanpa menambah air.

8. Masukkan 4 biji tomato yang dipotong dadu. Gaul hingga pecah minyak.

9. Masukkan ayam yang telah digoreng bersama bahan tumisan awal (daun kari, cili kering, bawang).

10. Tambah garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau dengan api perlahan sehingga kering.

resipi ayam varuval

Sumber: Hanisah Abdullah

Baca juga: Kerabu Daging Pedas, Sedap Hingga Ralit Meratah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN