ayam sweet sour

Tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari? Apa kata jom cuba masak ayam sweet sour yang mudah dan menyelerakan ini.

Anak-anak pasti akan suka sangat kalau masakan seperti ini. Yang penting, ibu-ibu akan seronok kalau tengok anak makan berselera kan? Selamat mencuba!

Resipi Ayam Sweet Sour

1. Untuk bancuhan ayam. Bancuh dengan tepung jagung, sebiji telur yang dipukul dan secubit soda bikarbonat.

2. Goreng sehingga masak dan keperangan.

3. Bahan-bahan untuk tumisan. Kuantiti terpulang atas anda. Bahannya ialah capsicum, cili merah (ganti capsicum merah pasal mahal nak mampus, carrot, bawang merah, bawang putih, dan halia (optional).

4. Tumis sekejap.

5. Kemudian masukkan sesudu kicap cair.

6. Gaul sebati, angkat dan ketepikan.

7. Untuk kuah. Masukkan sos cili dan sos tomato.

8. Masukkan sedikit air, satu sudu kecil sos ikan, bancuhan tepung jagung, sedikit lada sulah dan sedikit garam. Rasa sedikit supaya secukup rasa dan tambah apa yang terkurang.

9. Kemudian masukkan isi ayam yang digoreng tadi.

ayam sweet sour

10. Dan sayur-sayuran. kuatkan api dan gaul sekejap bagi rata kesemuanya.

ayam sweet sour

11. Siap!

ayam sweet sour

Kredit: Wan Luqman

Baca juga: Resipi Ayam Kicap Yang ‘Meleleh’, Tak Puas Makan Dengan Nasi, Siap Ratah!

Baca juga: Kari Ayam Bangladesh, Resipi Viral TikTok, Makan Dengan Nasi Panas Padu Gais!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN