Categories: Resipi

Resipi Ayam Kicap Kuah Pekat Melekat, Memang Sedap Tak Terkata!

Jika anda penggemar masakan pedas, wajib cuba buat Ayam Kicap Kuah Pekat Melekat ini. Cara membuatnya juga sangat ringkas tapi perlu ikut langkah-langkah yang betul supaya kicap terasa sampai ke bahagian dalam isi.

Satu lauk ini pun dah cukup, tak perlu lauk lain. Makan dengan nasi putih panas-panas memang nikmat, confirmĀ bertambah.

Kalau anda nak cuba buat sendiri di rumah, ikut sahaja resipi hasil perkongsian oleh Nurul Jannah di bawah. Boleh masak untuk makan tengahari atau makan malam nanti. Selamat mencuba!

Resipi Ayam Kicap Kuah Pekat Melekat

Bahan-bahan perap ayam:

  • 1kg ayam
  • 1sk serbuk kunyit
  • 1sk garam

Cara-cara membuat perapan ayam:

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Buang sedikit minyak untuk membuat sambal kicap.

Bahan-bahan sambal kicap:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit bawang holland
  • 4 biji cili padi merah
  • Air asam jawa
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 inci gula melaka
  • 1/2 sk rempah kari daging
  • Kicap
  • Sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit air

Cara-cara membuat sambal kicap:

  1. Tumbuk bawang putih, halia, bawang besar dan cili padi. (masuk satu per satu)
  2. Tumis bahan tumbuk dan masukkan serai yang sudah diketuk sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daun kari dan gaul sebati sehingga naik bau.
  4. Masukkan pula rempah kari daging dan gaul sebati dan masukkan juga sedikit air.
  5. Seterusnya masukkan gula melaka, kicap manis, sos tiram, air asam jawa dan daun pandan. Gaul sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam kunyit yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati. Kemudian tutup tudung kuali, biarkan ayam empuk dan supaya kicap meresap ke dalam ayam.
  7. Sekali sekala buka tudung kuali dan gaul sebati. Masukkan juga kiub pati ayam, gaul rata dan tutup semua tudung kuali.
  8. Biarkan sehingga kuah pekat dan melekat pada ayam. Kemudian baru masukkan bawang holland yang dihiris nipis.
  9. Tutup api dan siap!

Bahan-bahan sambal gesek:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2sb air asam jawa (bancuh pekat-pekat)
  • 1 biji bawang besar
  • 7 biji cili padi merah
  • 25 biji cili padi burung hijau
  • 1/2 inci belacan

Cara-cara membuat sambal gesek:

  1. Tumbuk kasar bawang putih, bawang besar, cili padi merah, cili padi burung hijau dan belacan.
  2. Panaskan sedikit minyak, masak bahan tumbuk tadi sehingga layu dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  3. Gaul rata sehingga sambal gesek masak dan layu sedikit.

Selamat mencuba!

Kredit: Nurul Jannah (Video)

Nasiha

Recent Posts

Sawi Masak Sos Tiram Paling Simple, Simbahan Kuahnya Buat Selera Tertarik!

Sayur telah menjadi pelengkap lauk dan nasi sejak zaman dulu lagi. Sekarang, terdapat pelbagai resipi…

9 mins ago

Nasi Ayam Penyet Ala Wong Solo, Sedapnya Bikin Makan Bertambah-Tambah!

Siapa yang pernah makan nasi ayam penyet di restoran terkenal itu pasti akan teringat-ingat kelazatannya…

23 mins ago

Resipi Tauhu Bergedil, Penuh Inti Dengan Sambal Kicap Pedas Manis

Resipi tauhu bergedil yang dijual di luar sering kali tidak memenuhi selera kita, terutamanya jika…

29 mins ago

Cara Hilangkan Pedas Pada Blender, Bau Cili Pun Tak Melekat Lagi!

Selepas guna blender di dapur untuk kisar cili, pasti kesan dan baunya tetap melekat. Oleh…

2 hours ago

Wanita Ini Kongsi Cara Bakar Ikan Guna Air Fryer, Mudah Dan Cepat Siap!

Sudah hampir waktu tengah hari, nampaknya sudah sampai masa untuk memasak di dapur. Jika nak…

3 hours ago

Resipi Masak Lemak Kobis, Ada TIP Supaya Kuah Menjadi Elok!

Kalau anda sudah baca resipi ayam masak merah yang kami kongsikan, anda wajib mencuba resipi…

3 hours ago