Ayam Kicap Kuah Pekat

Jika anda penggemar masakan pedas, wajib cuba buat Ayam Kicap Kuah Pekat Melekat ini. Cara membuatnya juga sangat ringkas tapi perlu ikut langkah-langkah yang betul supaya kicap terasa sampai ke bahagian dalam isi.

Satu lauk ini pun dah cukup, tak perlu lauk lain. Makan dengan nasi putih panas-panas memang nikmat, confirm bertambah.

Kalau anda nak cuba buat sendiri di rumah, ikut sahaja resipi hasil perkongsian oleh Nurul Jannah di bawah. Boleh masak untuk makan tengahari atau makan malam nanti. Selamat mencuba!

Resipi Ayam Kicap Kuah Pekat Melekat

Ayam Kicap Kuah Pekat

Bahan-bahan perap ayam:

  • 1kg ayam
  • 1sk serbuk kunyit
  • 1sk garam

Cara-cara membuat perapan ayam:

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Buang sedikit minyak untuk membuat sambal kicap.

Bahan-bahan sambal kicap:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit bawang holland
  • 4 biji cili padi merah
  • Air asam jawa
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 inci gula melaka
  • 1/2 sk rempah kari daging
  • Kicap
  • Sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit air

Cara-cara membuat sambal kicap:

  1. Tumbuk bawang putih, halia, bawang besar dan cili padi. (masuk satu per satu)
  2. Tumis bahan tumbuk dan masukkan serai yang sudah diketuk sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daun kari dan gaul sebati sehingga naik bau.
  4. Masukkan pula rempah kari daging dan gaul sebati dan masukkan juga sedikit air.
  5. Seterusnya masukkan gula melaka, kicap manis, sos tiram, air asam jawa dan daun pandan. Gaul sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam kunyit yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati. Kemudian tutup tudung kuali, biarkan ayam empuk dan supaya kicap meresap ke dalam ayam.
  7. Sekali sekala buka tudung kuali dan gaul sebati. Masukkan juga kiub pati ayam, gaul rata dan tutup semua tudung kuali.
  8. Biarkan sehingga kuah pekat dan melekat pada ayam. Kemudian baru masukkan bawang holland yang dihiris nipis.
  9. Tutup api dan siap!

Ayam Kicap Kuah Pekat

Bahan-bahan sambal gesek:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2sb air asam jawa (bancuh pekat-pekat)
  • 1 biji bawang besar
  • 7 biji cili padi merah
  • 25 biji cili padi burung hijau
  • 1/2 inci belacan

Cara-cara membuat sambal gesek:

  1. Tumbuk kasar bawang putih, bawang besar, cili padi merah, cili padi burung hijau dan belacan.
  2. Panaskan sedikit minyak, masak bahan tumbuk tadi sehingga layu dan pecah minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  3. Gaul rata sehingga sambal gesek masak dan layu sedikit.

Ayam Kicap Kuah Pekat

Selamat mencuba!

Kredit: Nurul Jannah (Video)

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN