Categories: Resipi

Resipi Masak Lemak Kobis, Ada TIP Supaya Kuah Menjadi Elok!

Kalau anda sudah baca resipi ayam masak merah yang kami kongsikan, anda wajib mencuba resipi masak lemak kobis ini pula. Ia merupakan hidangan berkuah santan yang lemak dan lazat.

Resipi ini sangat sesuai untuk hidangan tengah hari dan sering dinikmati bersama nasi panas serta ayam masak merah. Kombinasi santan, kubis, lobak merah dan suun, ia menjadi hidangan berkuah yang memikat selera.

Jom kita lihat cara penyediaan hidangan ini yang dikongsikan oleh Cik Puan Noor Ashikin Saerah.

Baca lagi: Tips Kurangkan Percikan Minyak Semasa Masak Sambal, Tak Bersepah Jadinya!

RESIPI MASAK LEMAK KOBIS

Bahan-Bahan:

  • 1 labu bawang besar (*dikisar)
  • 1 sudu besar ikan bilis (*dikisar)
  • 750 ml santan cair (campuran 500 ml air dengan 250 ml santan pekat)
  • 1 batang lobak merah (dihiris bentuk batang kecil atau “baton”)
  • 300 g kubis (dihiris kasar)
  • 1 helai daun kunyit (pilihan, untuk aroma)
  • Sedikit suun (rendam dan tos terlebih dahulu)
  • 2-3 keping fucuk (rendam dan tos terlebih dahulu)
  • 1 biji cili merah (dihiris untuk hiasan)

Cara Penyediaan:

1. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (bawang besar dan ikan bilis) bersama santan cair dan hirisan lobak merah ke dalam periuk.

2. Hidupkan api sederhana dan masak sehingga campuran ini mendidih. Kacau selalu untuk memastikan santan tidak pecah minyak.

3. Setelah mendidih, masukkan hirisan kubis dan daun kunyit (jika digunakan). Perasakan dengan garam secukupnya mengikut selera. Kacau rata dan biarkan kubis sedikit layu dalam kuah santan.

4. Masukkan suun dan fucuk yang telah direndam dan ditoskan tadi. Tambahkan hirisan cili merah untuk memberikan sedikit warna dan rasa pedas ringan. Kacau rata dan biarkan selama 10-20 saat sahaja.

5. Setelah semuanya sebati, tutup api dan biarkan suun masak sepenuhnya dengan kepanasan kuah yang masih dalam periuk. Ini memastikan suun tidak terlalu lembik dan kekal tekstur kenyal.

Tip Tambahan:

  • Jangan masukkan suun terlalu banyak kerana ia boleh menyerap kuah santan. Sebaiknya rendam dan tos suun terlebih dahulu sebelum dimasukkan pada langkah terakhir.
  • Jika menggunakan lebih banyak suun atau fucuk, tambah kuantiti santan supaya kuah tetap mencukupi.

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca lagi: Pasta Goreng Tom Yam, Setiap Suapan Pasti Nak Makan Lagi!

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

7 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

8 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

8 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

9 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

9 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

10 hours ago