Sayur telah menjadi pelengkap lauk dan nasi sejak zaman dulu lagi. Sekarang, terdapat pelbagai resipi sayur yang mudah dan salah satunya ialah Sawi Masak Sos Tiram.
Sawi Masak Sos Tiram juga merupakan salah satu menu di kedai makan yang tak asing lagi di Malaysia. Apabila memesan ikan siakap, pasti sayur ini menjadi pilihan ramai.
Anda hanya perlu ikut langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Zurina Zulkefli di Facebook supaya hidangan sayur ini menjadi sedap seperti makan di kedai. Jom kita cuba!
Baca juga: Petola Goreng Kunyit, Sayur Ringkas Buat Hidangan Lebih Sempurna
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, bersihkan 3 batang sawi Jepun dan potong belah tengah, anda akan dapat dua sisi sawi.
2. Rebus selama 2 minit dan toskan, kemudian susun di atas pinggan.
3. Selepas itu, hiris halus 4 ulas bawang putih dan goreng dengan minyak masak (saya guna minyak bunga matahari) sehingga warna bawang keemasan, angkat dan letak tepi.
4. Tinggalkan sedikit minyak bawang tadi, tambahkan 3 sudu besar air, 2 sudu besar sos tiram dan kacau perlahan.
5. Seterusnya, masukkan 2 sudu besar bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi tebal dan likat.
6. Setelah itu, tuangkan sos tiram ke atas susunan sawi rebus tadi.
7. Akhir sekali, taburkan kepingan bawang putih goreng. Siap untuk dihidang!
Jika anda perasan, resipi Sawi Masak Sos Tiram ini tak menggunakan garam sama sekali kerana sos tiram itu sudah mempunyai rasa masin.
Jom hidangkan sayur ini bersama lauk dan nasi untuk keluarga di rumah. Setelah nampak sayur ini di depan mata, pasti selera mereka akan tertarik nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Zurina Zulkefli
Baca juga: Resipi Kacang Botol Goreng Belacan, Makan Sekali Terus Tambah Selera
Terasa teringin menikmati pencuci mulut yang sejuk dan menyegarkan? Dadih mangga boleh dijadikan pilihan kerana…
Restoran Rembayung milik usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya merekodkan…
Sedang mencari idea menu diet yang mudah disediakan dan boleh dijadikan stok makanan di rumah?…
Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu.…
Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…
Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…