ayam goreng viral

Jom cuba resipi ayam goreng viral ini. Kalau anda cuba masak ayam goreng ikut cara ni, pasti akan lebih ‘wow’ sebab lagi sedap dari biasa kita goreng tu!

Boleh dikatakan sesiapa saja pandai menggoreng ayam goreng. Dengan hanya meletakkan garam dan serbuk kunyit, terhasillah lauk yang sedap dan ringkas.

Rahsianya terletak pada baawang putih yang dimasukkan ketika ayam sedang digoreng. Jom ketahui cara lengkapnya yang dikongsi oleh Novelis Affieyza Isahak di bawah.

RESIPI AYAM GORENG VIRAL, KENA LETAK BAWANG PUTIH

Bahan-bahan:

  • Telur – sebiji*
  • Bawang merah besar – sebiji*
  • Bawang putih – 3 ulas*
  • Halia – 1 inci*
  • Sos tiram – 2 sudu
  • Kiub pati ayam (cairkan: ikut anggaran ayam banyak mana)
  • Serbuk perasa dan gula
  • Tepung ubi – 2-3 sudu

Cara-cara:

  1. Sediakan pengisar. Satukan telur, bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Curahkan ke atas ayam.
  3. Tambahkan sos tiram, kiub pati ayam, serbuk perasa, gula dan tepung ubi.
  4. Gaul rata bersama ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik.
  5. Kemudian goreng ayam macam biasa.
  6. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
  7. Ayam digoreng dua kali untuk supaya lebih rangup. Atau boleh goreng sekali saja sehingga betul-betul garing.
  8. Siap, selamat mencuba!

Kredit: Novelis Affieyza Isahak

Baca juga: Cara Goreng Ikan Style Orang Dulu-Dulu, Sedap Memang Lain Macam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN