kambing khadai

Kambing Khadai, Kari Style Pakistan, Cicah Naan Dan Capati Memang Terangkat!

Hidangan ini sangat popular di Pakistan dan lebih dikenali sebagai Lamb Karahi. Jom cuba untuk juadah raya ataupun lauk cicah bersama roti naan dan capati. Makan bersama nasi panas pun memang berselera dibuatnya! 

Kambing khadai ini dimasak secara tradisional dengan pilihan daging bersama bawang putih, halia, yogurt, dan pes kari berasaskan tomato. Memang tak guna santan tau. 

Baca juga: Jom Buat Kambing Peratal, Sedap Dinikmati Bersama Nasi Atau Roti

Memang banyak khasiatnya guna buah tomato ini dalam masakan tau. Antaranya ialah boleh membekalkan sekurang-kurangnya 40% daripada keperluan vitamin C dalam badan.

Selain itu, tomato juga mengandungi vitamin A yang mempunyai sangat penting untuk sistem imun, kulit dan penglihatan. 

Jom ikuti resipi dari Cik Puan Zainab Idar ini yang dikongsikan di laman Facebooknya ini. Beliau merupakan penggemar tegar masakkan yang berasaskan kari.

Hidangan yang berasaskan rempah dan cili merupakan hidangan yang boleh tahan lama. Begitu juga dengan resipi kambing khadai ini. Semakin dipanaskan esoknya, semakin sedap tau. 


RESIPI KAMBING KHADAI

kambing khadai

Gambar sekadar hiasan

Bahan-bahan:

  • 500 g daging kambing
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 batang bunga cengkih
  • 1 batang kayu manis
  • 2 sudu kecik serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil jintan manis (jintan besar)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 biji tomato besar (potong dadu)
  • 1 batang cili hijau
  • 2 labu bawang besar (diblend)
  • 1/2 sudu besar blended bawang putih
  • 1/2 sudu besar blended halia
  • 3 sudu besar yogurt
  • 1 sudu kecil garam masala
  • Garam

Cara-cara memasak:

1. Cuci bersih daging kambing dan toskan. Perap daging kambing bersama blended bawang besar, yogurt, blended bawang putih, blended halia, yogurt, garam masala dan garam. Perap dia dalam tupperware yg bertutup selama 4 jam or semalaman dalam fridge.

2. Pastikan daging kambing yg diperap berada dalam suhu bilik sebelum dimasak.

3. Panaskan minyak dalam kuali/pressure cooker, dan tumis rempah ratus buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis hingga naik bau.

4. Masukkan daging yg diperap dan masak gunakan api sedang selama 10 minit. Gaul kerap dengan senduk supaya daging masak sebati.

5. Masukkan serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, jintan besar, cili hijau dan tomato. Gaul selama 8-10 minit hinga tomato hancur dan kuah pekat.

6. Masukkan 3/4 cawan air, gaul sebati dan masak hingga daging empuk.

7. Jika menggunakan periuk biasa, tambah air jika perlu sehinga daging empuk. Bagi yang mengunakan pressure cooker, tutup lid dan masak guna api sedang hingga 4 whistles.

8. Bukak lid, masukkan garam dan masak sehingga kuah pekat. Jika kuah terlalu pekat masukkan air sedikit.

9. Boleh di hias bersama hirisan daun ketumbar. Siap untuk dihidang!


Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Udang Kalio Cara Senang, Bahan-bahan Pun Mudah Nak Dapat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN