
Pernah tak terfikir nak masak menu ayam yang lain daripada yang lain untuk keluarga? Kalau asyik hidang ayam goreng kunyit atau ayam masak merah, bosan juga tekak kan. Apa kata kali ini anda cuba resipi ayam bali yang bukan sahaja padat dengan rasa, malah aromanya cukup memikat selera seisi rumah. Sekali tengok warnanya yang merah berkilat, terus rasa lapar nak makan!
Hidangan ayam sambal bali ini sebenarnya sangat popular kerana keunikan rasanya yang menggabungkan elemen manis, masin dan pedas yang seimbang. Keistimewaan utama lauk ini terletak pada penggunaan bahan aromatik yang banyak seperti serai dan daun kari. Kombinasi dua bahan ini menghasilkan bau harum yang luar biasa apabila ditumis, sekali gus membuatkan selera makan datang tanpa diundang.
Cara nak membuatnya pun tersangatlah ringkas dan tidak memerlukan bahan-bahan yang rumit. Sesiapa sahaja, termasuklah anda yang baru pertama kali nak belajar memasak, pasti boleh mencubanya di rumah. Jom kita tengok senarai bahan dan langkah demi langkah untuk menyediakan hidangan yang gerenti laku keras ini!
Baca juga: Resipi Ayam Balado Kangkung Yang Jimat Masa, Sekali Masak Terus Lengkap Dengan Sayur
RESIPI AYAM BALI

Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- Garam dan kunyit secukupnya (untuk lumur ayam)
- Minyak untuk menggoreng ayam
Bahan kisar:
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- Segenggam cili kering (rendam lembut dulu)
Bahan tumis:
- 10 batang serai (diketuk)
- Beberapa tangkai daun kari
Bahan perasa:
- Garam secukupnya
- Serbuk perasa secukupnya
- Gula pasir secukupnya
- Kicap lemak manis secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
- Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering hingga halus.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis serai yang diketuk sehingga naik bau.
- Masukkan daun kari dan tumis lagi sehingga wangi dan agak garing.
- Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak. Ini penting untuk naikkan rasa sambal.
- Masukkan garam, serbuk perasa, gula dan kicap lemak manis. Kacau rata dan biarkan sambal menjadi pekat dan berkilat.
- Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati supaya semua ayam disalut sambal.
- Masak seketika supaya rasa meresap, kemudian tutup api dan sedia untuk dihidang.
Sumber: Liza Mustapha
Baca juga: Resipi Paprik Ayam SEDAP Kalah Kedai Makan Thai, Satu Rumah Puji Tak Henti!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














