resepi ayam balado

Resepi ayam balado kangkung memang antara lauk pedas yang confirm bertambah nasi. Gabungan ayam goreng rangup, sambal balado yang pedas beraroma, dan kangkung yang lembut memang padu bila dimakan dengan nasi panas.

Lauk ini sesuai sangat untuk menu harian sebab bahan pun mudah dan cara masak tak rumit. Kalau suka lauk pedas, memang ini antara pilihan yang boleh ulang buat berkali-kali.

Menariknya, rasa pedas cili, manis sedikit dari bawang, dan aroma sambal tumis memang ‘naik’ bila digaul sekali dengan ayam dan kangkung. Sekali cuba, memang susah nak berhenti makan.

Baca juga: Resipi Lutut Ayam Goreng Rangup & Wangi, Cicah Pula Sos Thai Memang Nikmat Tak Terkata!

RESEPI AYAM BALADO KANGKUNG

resepi ayam balado

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili merah besar
  • Cili api merah
  • Ayam (digoreng terlebih dahulu)
  • Kangkung (dibersihkan dan dipotong)
  • Sos tiram
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar atau blend bawang merah, bawang putih, cili merah besar dan cili api merah sehingga halus.
  2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang telah diblend tadi sehingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa dan biarkan sambal masak sampai pecah minyak.
  4. Tambahkan sos tiram, gula, garam dan Aji secukup rasa ikut selera masing-masing.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng awal tadi, kemudian gaul rata supaya sambal mesra dengan ayam.
  6. Kacau seketika supaya ayam benar-benar bersalut dengan sambal balado yang pekat dan berkilat.
  7. Akhir sekali, masukkan kangkung dan gaul perlahan. Masak sekejap sahaja sampai kangkung nampak layu tetapi masih segar.
  8. Siap untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Thread @nadiraahashim

Baca juga: Tak Perlu Lauk Lain! Ayam Sambal Bawang Ini Buat Ramai Ketagih Nak Tambah Nasi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN