buang angin dalam badan

Resipi air rebusan buang angin dalam badan ini memang antara petua tradisional yang ramai orang lama gunakan bila rasa badan tak selesa, kembung atau banyak angin. Kadang-kadang lepas makan, perut rasa penuh dan sendawa tak berhenti, memang tak selesa dibuatnya.

Menariknya, resipi ini dikongsikan oleh tukang urut tradisional yang biasa gunakan ramuan herba untuk bantu legakan badan. Bila dicuba sendiri, memang rasa lain macam. Badan rasa lega dan ringan selepas minum.

Sesuai sangat diamalkan bila badan rasa “berangin”, letih atau kurang selesa selepas makan berat atau makan terlalu banyak. Guna bahan mudah yang biasa ada di dapur saja.

Baca juga: Lelaki Kongsi Formula Sukatan Air & Beras Basmathi Paling ‘Perfect’ Hasil Uji Kaji Mak, Tak Perlu Guna Jari Lagi!

RESIPI AIR REBUSAN BUANG ANGIN DALAM BADAN

buang angin dalam badan

Bahan-bahan:

  • Serai (dititik)
  • Halia (dihiris atau diketuk)
  • Halba
  • Daun pandan (disimpul)
  • Lada hitam

Cara-cara penyediaan:

  1. Cuci bersih semua bahan terlebih dahulu.
  2. Masukkan serai, halia, halba, daun pandan dan lada hitam ke dalam periuk.
  3. Tambahkan air secukupnya.
  4. Rebus semua bahan sekali sehingga mendidih dan airnya sedikit beraroma.
  5. Tapis air rebusan dan biarkan suam sebelum diminum.
  6. Boleh diminum sekali sehari mengikut kesesuaian.

Sumber: Thread @i.da4short

Baca juga: Cara Rebus Sagu Supaya Jernih Sempurna & Tak Melekat, Baru Jadi Cantik Macam Mutiara

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN