
Nak tahu cara rebus sagu yang betul supaya hasilnya jernih, tak melekat dan cantik macam mutiara? Ramai yang cuba buat sagu di rumah, tapi hasilnya tak menjadi kerana teknik rebusan yang kurang tepat.
Sebenarnya, cara merebusnya tak susah pun. Dengan langkah yang betul, sagu boleh jadi kenyal, berkilat dan sangat sesuai untuk dibuat sagu gula melaka atau pencuci mulut lain yang disukai.
Baca juga: Roti Berkulat Walaupun Belum Expired? Ini Silap Yang Ramai Buat & Cara Betul Simpan!
CARA REBUS SAGU SUPAYA JERNIH & TAK MELEKAT

Bahan-bahan:
- Sagu biji (ikut keperluan)
- Air secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Didihkan air terlebih dahulu selama kira-kira 5 minit sehingga betul-betul mendidih.
- Masukkan sagu ke dalam air mendidih dan rebus selama 5 minit.
- Selepas 5 minit, tutup api dan tutup periuk rapat. Biarkan sagu terendam dalam air panas selama lebih kurang 30 minit.
- Dalam tempoh ini, sagu akan bertukar menjadi lebih jernih dan kelihatan seperti mutiara.
- Tapis sagu dan lalukan di bawah air mengalir untuk membuang lebihan kanji supaya teksturnya lebih cantik dan tidak melekit.
- Sagu yang sudah siap boleh terus digunakan untuk pelbagai dessert seperti sagu gula melaka, pengat sagu atau ikut kreativiti masing-masing.
Sumber: Thread @ana_kefli
Baca juga: Petua Simpan Daun Pandan Dalam Freezer Supaya Aroma Kekal ‘Fresh’ Macam Baru Kerat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














