petua simpan daun pandan

Petua simpan daun pandan ini sangat berguna untuk sesiapa yang selalu guna bahan dapur beraroma wangi ini dalam masakan harian. Sama ada untuk kuih, pencuci mulut atau masakan berkuah, daun pandan memang antara bahan wajib ada di dapur orang Malaysia.

Masalah biasa yang ramai hadapi ialah daun pandan cepat layu, kering atau bertukar warna bila tidak disimpan dengan betul. Bila dah beli banyak, akhirnya ada yang terpaksa dibuang begitu sahaja.

Sebenarnya, ada cara mudah yang boleh bantu daun pandan kekal segar lebih lama. Dengan teknik penyimpanan yang betul, kita boleh simpan stok awal-awal tanpa risau ia rosak atau hilang aroma.

Baca juga: Cara Simpan Baki Pasta Yang Sudah Direbus, Tak Kering & Kekal Lembut Bila Dipanaskan Semula

PETUA SIMPAN DAUN PANDAN SUPAYA TAHAN LAMA

petua simpan daun pandan

Berikut merupakan cara-caranya:

  1. Basuh bersih daun pandan terlebih dahulu untuk buang segala kotoran atau habuk.
  2. Keringkan daun pandan sepenuhnya supaya tak ada air berlebihan. Boleh lap atau toskan dulu.
  3. Gulung kemas daun pandan mengikut saiz yang mudah untuk digunakan nanti.
  4. Ikat gulungan tersebut dengan getah bersih supaya tak terbuka.
  5. Masukkan ke dalam freezer untuk simpanan jangka panjang

Dengan petua mudah ini, daun pandan boleh tahan lebih lama, kekal segar dan tidak cepat rosak. Bila nak guna pun senang, hanya keluarkan terus dari freezer tanpa perlu basuh semula. Memang jimat masa dan elak pembaziran di dapur!

Sumber: Thread @asyraffawwazz

Baca juga: Tips Rebus Bendi Supaya Kekal Crunchy & Tak Berlendir, Cara Mudah Semua Orang Kena Tahu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN