Categories: Resipi

Resipi Air Kundur Kegemaran Rakyat Malaysia, Rupanya Mudah Saja Nak Buat Sendiri Di Rumah!

Air kundur merupakan salah satu minuman yang cukup digemari oleh rakyat Malaysia, terutamanya kerana rasanya yang manis, ringan dan menyegarkan. Biasanya kita selalu minu, air kundur yang sudah siap dibungkus dalam kotak.

Namun sebenarnya, ramai tak sedar bahawa air kundur ini sangat mudah untuk dibuat sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang ringkas sahaja. Rasanya pun boleh disesuaikan ikut cita rasa sendiri, sama ada nak lebih manis atau kurang manis.

Kalau buat sendiri, kita juga boleh kawal kualiti bahan dan tambah aroma tambahan seperti daun pandan atau gula melaka untuk rasa yang lebih sedap dan tradisional. Memang sesuai sangat untuk dijadikan minuman sejuk di rumah, terutamanya waktu panas.

Baca juga: Cara Hilangkan Bau Badan Paling Senang, Minum Air Rebusan Serai & Daun Pandan Saja!

RESIPI AIR KUNDUR HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • Buah kundur
  • 3 sudu gula
  • 1.2 liter air
  • Daun pandan
  • Gula melaka (ikut rasa)

Cara-cara penyediaan:

  1. Buang kulit buah kundur dan potong dadu kecil.
  2. Satukan buah kundur dengan 3 sudu gula. Gaul sebati dan biarkan selama lebih kurang
  3. 20 minit supaya air buah mula keluar.
  4. Masukkan buah kundur ke dalam periuk bersama 1.2 liter air dan daun pandan.
  5. Masak dengan api sederhana lebih kurang 30 minit.
  6. Tambahkan gula melaka jika rasa kurang manis atau nak aroma lebih lemak.
  7. Bila dah masak, tutup api dan biarkan sejuk sedikit sebelum dihidangkan.
  8. Sedia untuk dinikmati. Lagi sedap kalau diminum bersama cincau dan ais.

Sumber: TikTok @tentententennn

Baca juga: Resipi Air Probiotik Oren Kunyit Untuk Perut Sembelit, Bantu Buang Angin & Turunkan Paras Kolestrol

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

2 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

2 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

3 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

4 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

4 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

5 hours ago