
Air kundur merupakan salah satu minuman yang cukup digemari oleh rakyat Malaysia, terutamanya kerana rasanya yang manis, ringan dan menyegarkan. Biasanya kita selalu minu, air kundur yang sudah siap dibungkus dalam kotak.
Namun sebenarnya, ramai tak sedar bahawa air kundur ini sangat mudah untuk dibuat sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang ringkas sahaja. Rasanya pun boleh disesuaikan ikut cita rasa sendiri, sama ada nak lebih manis atau kurang manis.
Kalau buat sendiri, kita juga boleh kawal kualiti bahan dan tambah aroma tambahan seperti daun pandan atau gula melaka untuk rasa yang lebih sedap dan tradisional. Memang sesuai sangat untuk dijadikan minuman sejuk di rumah, terutamanya waktu panas.
Baca juga: Cara Hilangkan Bau Badan Paling Senang, Minum Air Rebusan Serai & Daun Pandan Saja!
RESIPI AIR KUNDUR HOMEMADE

Bahan-bahan:
- Buah kundur
- 3 sudu gula
- 1.2 liter air
- Daun pandan
- Gula melaka (ikut rasa)
Cara-cara penyediaan:
- Buang kulit buah kundur dan potong dadu kecil.
- Satukan buah kundur dengan 3 sudu gula. Gaul sebati dan biarkan selama lebih kurang
- 20 minit supaya air buah mula keluar.
- Masukkan buah kundur ke dalam periuk bersama 1.2 liter air dan daun pandan.
- Masak dengan api sederhana lebih kurang 30 minit.
- Tambahkan gula melaka jika rasa kurang manis atau nak aroma lebih lemak.
- Bila dah masak, tutup api dan biarkan sejuk sedikit sebelum dihidangkan.
- Sedia untuk dinikmati. Lagi sedap kalau diminum bersama cincau dan ais.
Sumber: TikTok @tentententennn
Baca juga: Resipi Air Probiotik Oren Kunyit Untuk Perut Sembelit, Bantu Buang Angin & Turunkan Paras Kolestrol
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














