resepi wholemeal wrap

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Usah pening kepala memikirkan menu sahur yang mudah, jom cuba resepi wholemeal wrap menggunakan daging burger ini.

Resepi yang sedap dan mengenyangkan. Sesuai untuk anda yang tidak gemar memakan nasi ketika bersahur.

Hanya menggunakan bahan-bahan mudah dan cara penyediaannya yang tidak rumit, sesiapa saja boleh cuba buat!

Baca juga: Tortilla Wrap Homemade. Guna 3 Bahan Je, Sedap & Jimat!

Resepi Wholemeal Wrap Guna Daging Burger

Bahan-bahan:

  • Daging burger 6 keping (Atau boleh guna daging kisar atau sosej ikut suka)
  • Kubis secukupnya
  • Bawang holland separuh
  • Mayonis
  • Sos thousand island
  • Sos salad
  • Sos cili
  • Serbuk lada putih
  • Maggi seasoning

Cara-cara:

1. Goreng daging burger dan hancurkan. Bila dah masak, ketepikan di dalam pinggan.

2. Perasakan dengan maggi seasoning secukupnya.

3. Kemudian masukkan serbuk lada putih. Gaul rata.

4. Hiris halus kubis. Satukan bersama bawang holland yang sudah dipotong dadu.

5. Masukkan serbuk lada putih serta sos thousand island dan sos salad. Letakkan juga secubit garam.

6. Gaul rata semua bahan.

7. Ambil sekeping wrap, letakkan sayur.

8. Kemudian letakkan daging hancur tadi.

9. Letakkan sos cili dan mayonis.

resepi wholemeal wrap

10. Gulung dengan kemas dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!

resepi wholemeal wrap

Kredit: Nor Asiah Jenal

Baca juga: Menu Sarapan Simple ‘Chicken Egg Wrap’, Ringkas Tapi Sedap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN