Urap merupakan menu kampung yang digemari oleh orang ramai. Menu ini boleh dihasilkan dari pelbagai jenis sayur, salah satunya adalah urap pucuk ubi!
Selepas ini tak perlu tunggu balik kampung baru dapat makan, boleh buat sendiri saja di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Nor Azryana di bawah.
Baca juga: Beza Kegunaan Daun Sup & Daun Ketumbar Dalam Masakan, Jangan Tersalah Guna!
Bahan-bahan tumis:
Bahan-bahan lain:
**Sayur boleh guna mengikut cita rasa masing-masing.
Cara memasak:
1. Rebus pucuk ubi, daun bebuas dan kacang panjang. Rebus berasingan. Ketepikan.
2. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, cili, ikan bilis dan belacan menggunakan lesung.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Perasakan dengan gula, garam, ajinomoto dan asam jawa. Kacau sebati.
4. Kemudian, masukkan kelapa parut. Gaul lagi sehingga semuanya bercampur rata.
5. Masukkan juga ubi dan daun kencur yang sudah ditumbuk beserta tauge. Gaul sebati.
6. Seterusnya, angkat dari kuali dan masukkan ke dalam bekas besar.
7. Masukkan sayuran lain dan gaul sehingga rata. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nor Azryana
Baca juga: Resipi Kerabu Timun Bersantan, Makan Sejuk-Sejuk Sangat Nikmat & Menyegarkan!
Apabila lihat banyak lebihan nasi, terus terlintas nak buat nasi goreng di rumah. Jika begitu,…
Antara resipi popia yang menjadi kesukaan ramai sehingga sekarang semestinya Popia Goreng pedas manis. Jangan…
Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…
Waktu petang mesti nak makan kuih-muih yang sedap bersama teh O panas. Oleh itu, ada…
Nak masak dengan stail cepat siap, kenalah buat lauk dengan sayur dalam satu hidangan. Oleh…
Biasanya nak buat masakan lauk ayam, kena goreng ayam terlebih dahulu. Namun, kami terjumpa resipi…