Categories: Resipi

Popia Goreng Pedas Manis, Rangupnya Boleh Tahan Sampai Ke Petang

Antara resipi popia yang menjadi kesukaan ramai sehingga sekarang semestinya Popia Goreng pedas manis. Jangan tak tahu, ada yang suka makan kuih ini sewaktu sarapan tau.

Izan Affandy telah kongsikan cara buat Popia Goreng pedas manis di Facebook yang rangupnya boleh tahan sampai ke petang. Jom kita cuba!

Baca juga: Popia Carbonara Cheese, Rasa Rangup Dan ‘Creamy’ Yang Kena Dengan Tekak!

RESIPI POPIA GORENG PEDAS MANIS

Bahan-bahan popia:

  • 1 paket kulit popia jenama Pertama (50 keping)
  • ½kg tauge
  • 1 biji lobak merah

Bahan-bahan sambal:

  • 2 senduk cili kisar
  • 2 senduk sos cili
  • 1 labu bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • Sedikit garam (jangan banyak sangat, nanti masin)
  • 8 sudu makan gula (sebab popia nak sambalnya manis-manis pedas)
  • Sejemput ikan bilis

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, parut lobak merah dan campurkan dengan tauge.

2. Selepas itu, boleh mula balut popia. Bagi melekatkan balutan, sapu dengan sedikit bancuhan tepung gandum (1 sudu tepung gandum dengan sedikit air) sebagai gam.

3. Goreng popia dengan api perlahan dalam 30 minit supaya lapisan popia masak sekata. Jika api kuat, popia akan garing lapisan atas dan lapisan dalam yang masih tak garing itu akan menyebabkan popia cepat lembik.

4. Bagi menyediakan sambal, letak sedikit minyak dan masukkan cili kisar bersama ikan bilis (tak perlu tambah perasa lagi).

5. Apabila cili sudah garing, sejukkan dahulu.

6. Setelah sejuk, ceduk sambal itu dan masukkan dalam pengisar (tujuannya untuk kisar halus ikan bilis yang ada dalam sambal tersebut).

7. Tambah sos cili, garam, gula, serbuk perasa, bawang putih dan sedikit air, kemudian kisar halus semua sekali.

8. Setelah selesai kisar, masukkan dalam kuali dan kacau sambal sampai pekat.

9. Akhir sekali, masukkan popia yang sudah siap digoreng tadi. Siap untuk dinikmati!

Jika suka, anda boleh tambahkan bijan atau bawang goreng dalam resipi Popia Goreng pedas manis ini. Bukan setakat sedap, malah rangupnya sampai ke petang pun masih tahan.

Selamat mencuba!

Sumber: Izan Affandy

Baca juga: Popia Pisang Coklat Dengan 5 Bahan, Ringkas Tapi Rasa Macam Kayangan!

Aimi

Recent Posts

Resipi Sos Thai Homemade, Tekstur Pekat Likat Memang Puas Nak Cicah Dengan Apa Pun!

Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…

38 mins ago

Cara Buat Scone Homemade Guna Tepung Kek, Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam!

Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…

1 hour ago

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

17 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

17 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

19 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

19 hours ago