resepi udang nestum

Lauk udang sentiasa menjadi pilihan ramai untuk hidangan makan tengah hari ataupun makan malam. Ada banyak resipi udang yang boleh dicuba, salah satunya adalah resepi udang nestum.

Pastikan anda guna udang yang fresh, barulah rasa hidangan nanti lebih sedap. Selain itu, bahan-bahan dan cara penyediaannya juga tidak susah mana. Memang berbaloi kalau cuba masak di rumah.

Jom cuba! Ikut saja resipi lengkap hasil perkongsian oleh Sania Weina di bawah.

Baca juga: Resipi Sambal Udang Petai Yang Sedap, Makan Dengan Nasi Panas Fuhhh Menyengat!

RESEPI UDANG NESTUM

Bahan-bahan:

  • 40 ekor udang ( goreng dan tos )
  • 1/2 butter
  • Bawang putih
  • 4 biji cili padi
  • 2 batang cili merah
  • 7-9 helai daun kari
  • Serbuk kiub ayam
  • 5 sudu serbuk susu tepung
  • 5 sudu nestum/oat
  • 1 sudu kecik serbuk lada putih
  • Garam/gula secukup rasa
  • Daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:

1. Gaul udang bersama serbuk kunyit. Goreng sehingga masak, toskan dan ketepikan di dalam pinggan.

resepi udang nestum

2. Cairkan butter, tumis bawang putih, cili merah, cili padi, daun kari dan kiub ayam. Kacau sebati.

3. Bila dah naik bau, masukkan udang yang sudah siap digoreng tadi. Gaulkan sekejap.

4. Kemudian, masukkan susu tepung dan nestum. Gaul sehingga nestum sebati dengan udang.

5. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan lada putih secukup rasa.

resepi udang nestum

6. Kaup ke dalam pinggan dan taburkan hirisan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

resepi udang nestum

Kredit: Sania Weina

Baca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN