Kuih bakar daging ini lebih kurang kuih cara berlauk tetapi cuma saiz yang berbeza. Kuih bakar daging saiznya lebih besar daripada kuih cara berlauk dan memang puas lah kalau makan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Faizal Anuar di Facebok.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
KUIH BAKAR DAGING
Kuih bakar daging ini lebih kurang kuih cara berlauk tetapi cuma saiz yang berbeza. Kuih bakar daging saiznya lebih besar daripada kuih cara berlauk dan memang puas lah kalau makan. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Faizal Anuar di Facebok.
BAHAN-BAHAN
BAHAN A (INTI)
250 gm daging dicincang halus
1 1/2 sudu besar rempah daging
1 labu bawang besar dicincang
Sedikit daun sup
Garam secukup rasa
BAHAN B
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair
3 cawan air
5 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/marjerin
Kredit: Faizal Anuar
CARA PENYEDIAAN
Untuk intinya, panaskan kuali dan letak 1 sudu besar minyak dan tumis bawang sehingga kekuningan.
Masukkan rempah dan goreng sampai wangi.
Kemudian masukkan daging dan masak sehingga kering.
Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
Untuk adunan tepung, pukul telur hingga kembang. Masukkan semua bahan cecair, susu dan air. Kacau sampai rata.
Masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.
Letak sedikit pewarna kuning dan sedikit garam.
Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini menjadi 3 kuih bakar.
Ambil acuan kuih bakar. Letakkan di atas dapur, letakkan 1/2 sudu besar minyak sapi atau marjerin. Panaskan.
Apabila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras 3/4 penuh ke dalam acuan. Biar kira-kira satu minit, kemudian sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan. Mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan.
Bila nampak garing pada tepi-tepi kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 darjah dan bakar guna api atas sahaja selama 15-20 minit.
Dengan menggunakan pisau, keluarkan kuih ketika masih panas.
Siap dan boleh dimakan. Hidang bersama sos cili.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.