cara buat tart telur

Mak-mak kenalah pandai buat pencuci mulut yang lazat, barulah anak-anak gembira. Jika belum tahu cara buat Tart Telur yang mudah, boleh ikut resipi yang kami kongsikan ini.

Tart Telur atau tart kastard telur ialah pencuci mulut popular di Hong Kong yang terdiri daripada suatu lapisan luar pastri dipenuhi dengan kastard telur dan dibakar.

Nak tahu cara buat Tart Telur yang sedap, anda hanya perlu mengikut resipi dengan langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Pn Habsah Ngah di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Tart Nenas Bola Naga, Bentuk Baru Tapi Rasa Tetap Sedap Dan Klasik

CARA BUAT TART TELUR

cara buat tart telur

Bahan-bahan untuk crust (bahagian kerak luar):

  • 1 biji telur
  • 250gram tepung gandum
  • 120gram butter
  • 60gram gula aising
  • ½ sudu esen vanilla
  • ½ cawan air sejuk

Bahan-bahan untuk filling (bahagian inti dalam)

  • 2 biji telur
  • 60gram gula kastor
  • 250ml susu cair
  • 1 sudu tepung kastard
  • 1/3 sudu garam
  • ½ esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan telur, tepung gandum, butter, gula aising, esen vanilla dan air sejuk untuk buat crust.

2. Uli doh sampai cantik, lembut dan licin, kemudian terap pada acuan crust.

3. Selepas itu, cucuk-cucuk dengan garfu supaya crust masak dengan rata nanti.

4. Kemudian, bakar crust selama 2o minit dalam tray bawah pada suhu 150ºC dengan menggunakan api atas bawah terlebih dahulu.

5. Sementara itu, boleh mix telur, gula kastor, susu cair, tepung kastar, garam, esen vanilla dan pewarna kuning sampai sebati.

6. Setelah itu, tapis dan tuang adunan ke dalam crust yang telah siap dibakar dalam acuan.

7. Akhir sekali, bakar pada suhu 150ºC dan sejukkan seketika, kemudian baru keluarkan daripada acuan. Siap untuk dinikmati!

cara buat tart telur

Setelah mencuba cara buat Tart Telur ini, anda akan dapat hasil kerak luar yang rangup bersama bahagian dalam yang penuh berkrim. Silap-silap, anak akan minta buat lagi nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Pn Habsah Ngah

Baca juga: Kuih Bakar Pandan Sedap Paling Mudah, Mak-Mak Boleh Buat Guna Acuan Muffin Saja!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN