Selain masakan Melayu jadi kesukaan ramai, masakan Cina juga tak kurang hebatnya. Apabila lihat Kuey Teow Sup simple ala Chinese Style ini, pasti anda terus terliur.
Kuey Teow Sup merupakan antara hidangan masakan Cina paling sedap dan simple. Oleh kerana cara membuatnya sangat mudah, ia sentiasa jadi pilihan untuk dimasak di rumah.
Nurul Afidah Catalyst telah kongsikan resipi Kuey Teow Sup simple ala Chinese Style di Facebook yang sangat menarik. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Char Kway Teow Ala Kedai Makan, Kuah Terlajak Pekat Memikat!
RESIPI KUEY TEOW SUP SIMPLE CHINESE STYLE
Bahan-bahan sup:
- Ayam bahagian dada
- 1 inci halia (dipotong nipis)
- Fish ball
- ½ kiub pati ayam
- ½ kiub pati ikan bilis
- 2 sudu olive oil (tak ada pun tak apa)
- Garam dan air secukupnya
Bahan-bahan lain:
- Kuey teow (basuh di bawah air mengalir)
- Pak Choy (belah kepada 4 bahagian, cuci bersih dan celur dalam sup sekejap)
- Daun sup (potong kecil-kecil)
- Daun bawang (potong kecil-kecil)
- Fish cake (goreng dahulu dan potong nipis)
- Isi ayam yang dicarik
- Bawang putih goreng campur minyak (tumbuk halus dan goreng)
- Cili potong campur kicap (Nak lagi sedap, potong cili dan goreng sebentar, baru masukkan kicap masin campur manis)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, masak ayam bersama halia dan air, pastikan paras air menutupi ayam serta masak sehingga air mendidih dan ayam separuh masak.
2. Selepas itu, masukkan pati ayam, pati ikan bilis, olive oil dan fish ball.
3. Kemudian, tambah air dan perasakan dengan garam.
4. Seterusnya, masak sehingga air mendidih dan ayam betul-betul masak.
5. Waktu ini, boleh celur pak choy sebentar, angkat dan toskan.
6. Setelah siap, keluarkan isi ayam dan carik-carik, kemudian masukkan kuey teow. Siap untuk dihidang!
Kuey Teow Sup simple ala Chinese Style ini sangat sedap dimakan secara panas. Jika ada chilli oil atau sambal kicap, lebih bertambah lazatnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Afidah Catalyst
Baca juga: Resepi Kuey Teow Thng Yang Sedap, Makin Berselera Hirup Kuahnya