PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-16 07:11:02

Roti merupakan salah satu hidangan yang jadi pilihan anak-anak. Ia juga antara makanan paling mudah untuk disediakan jika kesuntukan masa. Cuma untuk mempelbagaikan resepi roti ni, kadang-kadang ibu tak sempat nak memikirkannya disebabkan terlalu sibuk dengan kerja lain. Jadi biasanya pilihan lebih mudah ibu akan buat adalah sandwich ataupun hanya sapu dengan planta atau jem. Jadi apa kata kita cuba resepi Roti Horns Mini yang dikongsikan oleh Cik Puan Julieta di kumpulan Sedapnya Resepi di Facebook.

 

 

Kredit: Cik Puan Julieta

 

 

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti gardenia
  • 2 biji telur (dikacau)
  • Serbuk roti secukupnya
  • Isi ayam (potong memanjang dan celup tepung bistari kemudian goreng)
  • Mayonis & sos cili
  • Lobak Merah (parut halus)
  • Daun salad
  • Sedikit tepung gandum (campur sedikit air untuk lekatkan roti)

 

Kredit: Cik Puan Julieta

 

 

Cara-cara:

  1. Roti dipotong bahagian tepi kemudian di gelek nipis, potong tengah bentuk segi 3 kemudian sapu larutan tepung pada sisi roti dan gulung menjadi bentuk horn pastu tekan-tekan sikit supaya roti melekat.
  2. Celup roti dalam telur dan salut serbuk roti. Pastikan bahagian dalam juga bersalut kemudian goreng sehingga menjadi kuning keemasan.
  3.  Isi bahagian tengah denagn isi ayam, lobak merah dan daun salad kemudian paipkan sos dan mayonis. Sedia untuk dihidangkan.

 

Kredit: Cik Puan Julieta

 

Kredit: Cik Puan Julieta

 

Selamat Mencuba

Kredit: Cik Puan Julieta

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN